RBTS korban 7 kerbau dan 6 kambing

RBTS korban 7 kerbau dan 6 kambing

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Lyna Mohd

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Tujuh ekor kerbau dan enam ekor kambing dikorbankan oleh 43 orang yang menyertai korban dan enam individu akikah daripada kakitangan dan keluarga Royal Brunei Techinical Services (RBTS), hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan pengagihan 45 bahagian kepada individu yang kurang bernasib baik dari Mukim Kilanas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Pematuhan) di Kementerian Kewangan, Haji Zakaria bin Haji Serudin yang juga selaku Pengerusi RBTS.

Salah seorang penerima kanak-kanak menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Haji Zakaria.
Salah seorang penerima kanak-kanak menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Haji Zakaria.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (IT & E-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim RBTS, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli, ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain, penghulu Mukim Kilanas, Komuniti Penasihat Takmir Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bunut, pegawai dan kakitangan RBTS.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya Aidiladha yang kemudiannya diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada para penerima oleh tetamu kehormat.

Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan awam dengan beramal dan melakukan kewajipan agama, dan juga untuk menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kebajikan agama dan sosial.

ARTIKEL YANG SAMA