RBTS memeduli anak yatim sempena ulang tahun ke-27

RBTS memeduli anak yatim sempena ulang tahun ke-27

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 8 Julai – Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS) telah meraikan ulang tahunnya yang ke-27 dengan mengadakan majlis keagamaan 3 dalam 1 iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Derma Anak Yatim dan Iftar yang berlangsung di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Eksekutif Interim RBTS, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli.

Turut hadir ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abdul Wahab serta pegawai dan kakitangan RBTS.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Agama Institut Latihan ABDB, Haji Husaini bin Haji Mokhtar.

Kemudian, majlis menyaksikan Awang Adi Shamsul menyampaikan derma kepada 25 orang anak yatim dari Penanjong Garison, Tutong Kem, Kampung Keriam, Kampung Penanjong, Kampung Jerudong dan Jalan Kota Batu.

pg08_150709_d

Awang Adi Shamsul serta para pegawai dan kakitangan RBTS yang menghadiri majlis tersebut.
Awang Adi Shamsul serta para pegawai dan kakitangan RBTS yang menghadiri majlis tersebut.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran dan pemotongan pulut kuning oleh Awang Adi Shamsul dan ahli-ahli pengurusan kanan RBTS bagi menandakan ulang tahun RBTS ke-27.

Menurut RBTS, acara tahunan itu memberikan peluang kepada kakitangan RBTS dan ahli-ahli keluarga mereka untuk beramah-mesra dengan belia serta keluarga kampung persekitaran bagi mengeratkan lagi semangat Ramadan.

Di samping itu, ia memberikan peluang kepada mereka untuk berkongsi keriangan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

ARTIKEL YANG SAMA