Reaksi pemecatan Rodgers

Reaksi pemecatan Rodgers

LONDON, 5 Okt (Reuters) – Berikut reaksi ekoran pemecatan Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger: “Saya sentiasa sedih apabila perkara ini berlaku. Dia adalah pengurus berkualiti tinggi dan hampir memenangi Liga Perdana Inggeris. Namun tekanan sering menimpa pengurus, namun itu satu kebiasaan dan saya pasti dia akan mendapatkan pekerjaan baru.”

Pengurus Swansea City, Garry Monk (pernah bermain di bawah kendalian Rodgers semasa Swansea dinaikkan ke Liga Perdana): “Saya tidak mempercayainya. Ia satu keputusan yang keras dan ia mengejutkan saya. Dia sangat bagus bagi kami di Swansea dan saya tidak lihat sesiapa boleh berkhidmat dengan lebih baik di Liverpool sekarang.”

Bekas Pengurus Liverpool, Graeme Souness: “Saya tergamam. Mereka memberikannya satu jumlah wang yang banyak untuknya (membeli pemain) untuk teruskan kemaraan dan sebaik musim bermula mereka menukarnya.”

Bekas Kapten Liverpool, Jamie Carragher: “Dia perlu memulakan kempen musim ini dengan baik kerana dia mungkin bernasib baik apabila terus kekal selepas hujung musim lalu.

Pemain baharu menyertai kelab dan dia membelanjakan 70 juta pound (AS$106.32 juta) dan selepas lapan perlawanan, Liverpool menukar pengurus. Lakukannya pada musim panas jika itulah keadaannya.

“Pemilik mempunyai banyak keputusan yang tidak menjadi. Namun dia berada di sana tiga tahun lebih dan tidak memenangi trofi dan bermain sekali di Liga Juara-Juara. Itu tidak memadai untuk Liverpool. Liverpool menjadi Tottenham – mereka fikir mereka kelab yang besar.

Bekas pemain tengah Liverpool, Jamie Redknapp: “Dia sepatutnya berunding dengan Raheem Sterling yang meninggalkan kelab, dia juga kehilangan Steven Gerrard musim ini, dia mempunyai banyak tanggungjawab. Namun di sebalik permulaan yang tidak baik dan terdapat keinginan kelab dan penyokong untuk menukarnya, ia akan menjadi sesuatu yang sukar untuk anda lagi (sebagai pengurus).”

Bekas Kapten England, Rio Ferdinand menerusi Twitter: “Hanya Klopp atau Ancelotti yang boleh meneruskan kemaraan Liverpool…perlu buat keputusan yang cepat.”

ARTIKEL YANG SAMA