Reaktor Korea U belum beroperasi sepenuhnya

Reaktor Korea U belum beroperasi sepenuhnya

SEOUL, 14 Jan (AFP) – Gambar satelit terbaru mencadangkan reaktor nuklear yang dilihat sebagai sumber utama plutonium gred senjata Korea Utara masih belum beroperasi pada kapasiti sepenuhnya, kata kumpulan pemikir AS hari ini.

Korea Utara menutup reaktor Yongbyon pada 2007 di bawah perjanjian bantuan-untuk-pelucutan senjata, tetapi mulai mengubahsuainya selepas ujian nuklear ketiganya pada 2013.

Apabila beroperasi sepenuhnya, reaktor itu mampu menghasilkan kira-kira enam kilo plutonium setahun, cukup untuk satu bom nuklear, kata pakar.

Menganalisis gambar satelit dari akhir 2014 sehingga akhir 2015, Institut untuk Sains dan Keselamatan Antarabangsa (ISIS) yang berpangkalan di Washington menyimpul reaktor telah beroperasi berselang-selang atau pada kuasa rendah sepanjang tempoh tersebut.

Menggunakan penanda operasi ketara, pengeluaran wap dan air panas, pakar ISIS menanggap satu pola operasi terhad selama beberapa minggu, diikuti oleh satu penutupan.

ARTIKEL YANG SAMA