Reaktor nuklear operasi 20 tahun lagi

Reaktor nuklear operasi 20 tahun lagi

TOKYO, 20 Jun (AFP) – Pengawal atur Jepun berkata hari ini bahawa dua reaktor nuklear yang berusia boleh kekal beroperasi selama kira-kira 20 tahun lagi – yang pertama pengecualian seumpamanya di bawah peraturan keselamatan ketat yang dikenakan selepas krisis Fukushima 2011.

Kumpulan persekitaran Greenpeace mengkritik keputusan itu, mengatakan risiko gempa bumi telah tidak diendahkan.

Jepun menutup puluhan reaktor selepas gempa bumi berukuran 9.0 disertai tsunami pada 11 Mac 2011 mencetuskan peleburan di loji nuklear Fukushima di timur laut, kemalangan nuklear paling terburuk di dunia sejak Chernobyl pada 1986.

Berikutan pengurangan dalam penjanaan kuasa nuklear itu telah memaksa Jepun yang kurang sumber untuk kembali kepada bahan api fosil yang berharga. Perdana Menteri Shinzo Abe telah mengumumkan bahawa tenaga nuklear amat penting bagi ekonomi ketika beliau menekan untuk menyegerakan reaktor kembali beroperasi.

Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear (NRA) berkata reaktor No.1 dan No. 2 di loji Takahama Elektrik Kansai boleh beroperasi selama 20 tahun atau lebih kerana ia memenuhi garis pandu keselamatan.

ARTIKEL YANG SAMA