Real, Atletico sedia berentap

Real, Atletico sedia berentap

MILAN, 26 Mei – Tumpuan Madrid akan berpindah ke Milan pada Sabtu ini ketika Real dan Atletico berjuang bagi memenangi Liga Juara-Juara di Stadium Giuseppe Meazza dalam perlawanan ulangan persaingan akhir 2014.

Real adalah raja Eropah dengan 10 Piala Juara sementara Atletico memburu mahkota pertama mereka selepas dikecewakan sebanyak dua kali sebelumnya.

Dalam persaingan akhir pada 1974 dan 2014, Atletico hanya beberapa saat lagi untuk menjulang trofi yang hanya dinafikan oleh jaringan penyamaan akhir ketika mereka dikalahkan masing-masing menentang Bayern Munich dan Real.

“Kami tewas, tetapi anda perlu mengambil kedudukan positif dari kekalahan seperti itu dan belajar di mana anda perlu memperbaikinya,” kapten Diego Godin memberitahu UEFA.com mengenai persaingan 2014 di Lisbon itu.

“Sekarang kami beraksi dalam satu lagi persaingan akhir dan kami perlu menggunakan pengalaman itu untuk memastikan ia tidak berlaku lagi.”

Orang ramai melintasi poster promosi Real Madrid lawan Atletico Madrid di luar stadium San Siro, Itali. - AP
Orang ramai melintasi poster promosi Real Madrid lawan Atletico Madrid di luar stadium San Siro, Itali. – AP

Atletico akan mendapatkan tempat istimewa dalam sejarah dengan menjadi kelab kelima bagi memenangi kesemua tiga gelaran Eropah mereka sudah memenangi Piala Kemenangan pada 1962 dan Liga Europa pada 2010 dan 2012.

Hanya pasukan Chelsea, Ajax, Bayern dan Juventus berada dalam kelab elit, kumpulan Real tidak akan pernah menyertai ketika mereka gagal untuk menjulang perlawanan Piala Pemenang.

Atletico, yang dilatih oleh Diego Simeone, dilihat akan kembali dan bergantung ke atas dua pemain penyerang, Fernando Torres dan Antoine Girezmann untuk melakukan serangan seperti yang mereka lakukan pada separuh akhir bersama Bayern.

“Kami akan bersedia,” kata Griezmann. “Kami akan memberikan tumpuan pada setiap saat, setiap minit, dan memberikan yang terbaik seperti selalunya.”

Atletico mendominasi pasukan jiran mereka sejak tewas kepada mereka pada 2014 dengan hanya satu kekalahan dalam 10 pertemuan seterusnya dalam semua perlawanan- -tetapi Real mencatatkan kemenangan penting, yang menewaskan mereka dalam persaingan suku akhir Liga Juara-Juara pada tahun lepas. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA