Real cemas CR...

Real cemas CR7 cedera

MADRID, 14 Feb – Cristiano Ronaldo menjalani latihan berasingan berbanding rakan-rakan sepasukannya, dua hari menjelang pertemuan Real Madrid dan Napoli di laman sendiri pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Jentera penggegar gawang Portugal itu yang memegang rekod 96 gol dalam saingan Liga Juara-Juara mengalami kecederaan selepas dibentes keras ketika kemenangan ke atas Osasuna 3-1 dalam saingan liga, penghujung minggu lalu.

Dan tatkala pemain Real Madrid lain berlatih kemahiran mengawal bola, “Cristiano Ronaldo dan Fabio Coentrao berlatih di fasiliti sukan lain,” lapor laman web kelab itu.

DIA MAIN KASARLAH... Ronaldo memprotes kekasaran pemain Osasuna, David Garcia (kiri) semasa perlawanan La Liga di stadium El Sadar di Pamplona pada 11 Februari lalu. – AFP
DIA MAIN KASARLAH… Ronaldo memprotes kekasaran pemain Osasuna, David Garcia (kiri) semasa perlawanan La Liga di stadium El Sadar di Pamplona pada 11 Februari lalu. – AFP

Ronaldo mengalami lebam pada kaki kanannya, menurut laporan akhbar, tetapi diramal mampu sembuh untuk beraksi Rabu ini.

Menceriakan sedikit juara 10 kali Eropah itu, penyerang Wales Gareth Bale turut turun berlatih sepenuh masa hari ini, dan tampak segar, tajam serta bersemangat selepas tiga bulan direhatkan akibat kecederaan tumit.

Bale dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan Rabu ini tetapi mungkin disenaraikan bagi pertemuan timbal balik di Naples, 22 Februari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA