Real cemerlang meski tanpa CR7 dan Bale

Real cemerlang meski tanpa CR7 dan Bale

MADRID, 19 Sept – Meskipun tanpa memainkan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, Real Madrid mampu untuk mencatatkan rekod kelab dengan 16 kemenangan berturut-turut dalam liga selepas menewaskan Espanyol 2-0 awal pagi tadi, sekali gus kekal di tangga teratas.

James Rodriguez tampil dalam skuad utama yang jarang berlaku untuk membuka jaringan pada masa kecederaan babak pertama sebelum Karim Benzema meledak gol 20 minit sebelum tamat permainan untuk mengesahkan mata penuh Real.

Kemenangan itu menyaksikan Real kembali mendahului Barcelona dan Las Palmas dengan tiga mata selain menyamai rekod La Liga milik Barca yang mencatat 16 kemenangan berturut-turut di bawah pengurus Pep Guardiola pada 2010/11.

Pasukan Real Madrid meneruskan penguasaan mereka dalam liga Sepanyol setelah menundukkan Espanyol 2-0. – AP
Pasukan Real Madrid meneruskan penguasaan mereka dalam liga Sepanyol setelah menundukkan Espanyol 2-0. – AP

“Saya gembira bukan saja dengan jaringan James dan Karim, tetapi kerana prestasi mereka secara umumnya,” kata jurulatih Madrid, Zinedine Zidane.

“Mereka mempunyai bakat yang boleh melakukan perubahan, tetapi perkara paling penting adalah mereka bekerja keras dan melakukannya bersama.”

Espanyol kini tewas sembilan pertemuan terakhir mereka dengan Real, tetapi mendapat peluang terbaik untuk berada di depan apabila pertahanan lemah dari Pepe yang memberikan bola kepada Leo Baptistao dalam kawasan bahaya namun pemain itu terus kepada Kiko Casilla. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA