Real ke suku akhir

Real ke suku akhir

MADRID, 9 Mac (AFP) – Jaringan menerusi Cristiano Ronaldo dan James Rodriguez membolehkan Roma terlepas peluang ketika Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi agregat 3-0 dengan kemenangan 2-0 semalam.

Pada babak perlawanan tersebut, Edin Dzeko dan Mohamed Salah telah mensia-sia sepakan di depan gawang bagi pasukan pelawat sebelum dua gol pada empat minit separuh masa kedua bagi memastikan kemenangan pertama Madrid dalam dua perlawanan ke atas pasukan pesaing dari Itali itu dalam Eropah bagi 29 tahun.

Ronaldo menyudahkan hantaran lintang Lucas Vazquez, 26 minit sebelum tamat perlawanan dan menjadi penghantar bagi Rodriguez untuk menjaringkan gol kedua.

“Saya merasa gembira dengan cara kami melakukan serangan dan saya rasa kami meningkat pada separuh masa kedua,’ kata Jurulatih Madrid, Zinedine Zidane.

“Semua orang mengimpikan kemenangan Liga Juara-Juara dan kami dalam pemburuan.”

Ronaldo mengatasi penjaga gol Roma, Wojciech Szczesny pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin. – AFP
Ronaldo mengatasi penjaga gol Roma, Wojciech Szczesny pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin. – AFP

Jurulatih Roma, Luciano Spalletti mengkritik kekuatan mental pasukannya selepas membiarkan Madrid untuk menguasai perlawanan.

“Kami perlu menyatakan kami memiliki peluang yang banyak berbanding mereka dan jika kami menyudahkannya, psikologi permainan pasti berubah,’ kata Spalletti.

“Buat masa sekarang mengenai tahap mental mungkin sedikit rapuh. Ia adalah perlawanan besar, perlawanan yang menjadikan kami gentar dan kami perlu menukar keadaan ini.”

Gareth Bale beraksi bagi Madrid buat kali pertama dalam tempoh enam minggu kerana kecederaan kaki dan pemain dari Wales itu bermula dengan cemerlang di sudut kiri bersama Ronaldo dalam ketiadaan Karim Benzema yang mengalami kecederaan.

Hantaran Bale disia-siakan Marcelo ketika Real memberikan ancaman lebih awal.