Real Madrid cari penawar di Eibar

Real Madrid cari penawar di Eibar

MADRID, 27 Nov (AFP) – Real Madrid berharap dapat mengubah nasib mereka apabila berkunjung ke pasukan bawahan Basque, Eibar dengan kapasiti 6,000 penonton di Ipurua Ahad ini untuk menebus kekalahan 4-0 mereka kepada Barcelona dalam ‘El Clasico’, hujung minggu lepas.

Presiden kelab Florentino Perez menegaskan dia masih yakin sepenuhnya terhadap jurulatih Rafael Benitez biarpun kedua-duanya dijadikan sasaran oleh peminat Madrid dengan permintaan untuk meletak jawatan hujung minggu lalu.

Keyakinan itu tidak mungkin akan dijamin dengan 15 minit pertama yang menggentarkan di Ukraine Rabu lalu Madrid terjejas apabila Shaktar Donetsk mengganasa selepas ketinggalan 4-0 untuk sehingga Real cemas sebelum menang 4-3.

Benitez membuat beberapa perubahan daripada pasukan yang beraksi di Lviv dengan midfield dari Brazil, Casemiro dimasukkan untuk menambah ketajaman kepada midfield.

Dan dia menegaskan mereka masih memburu untuk merapatkan jurang enam mata dengan Barca di tangga teratas berbanding berdepan masalah di dalam dan luar padang seminggu lalu.

Reaksi Gareth Bale (kiri) dan Ronaldo selepas tewas 4-0 kepada Barcelona dalam ‘El Clasico’ di Santiago Bernabeu pada 21 November lalu. – Reuters
Reaksi Gareth Bale (kiri) dan Ronaldo selepas tewas 4-0 kepada Barcelona dalam ‘El Clasico’ di Santiago Bernabeu pada 21 November lalu. – Reuters

“Kekalahan kepada Barcelona adalah masa lalu. Kami perlu melihat ke depan. Sekarang kami mempunyai perlawanan sukar di gelanggang luar,” katanya.

“Saya berada di sini bagi apa yang diarahkan Benitez, dia seorang jurulatih yang hebat. Kami bersamanya, dengan presiden dan peminat. Bersama–sama saya memastikan kami akan menang.”

Bagaimanapun, Madrid boleh menjangka ujian sukar daripada pasukan Eibar yang mengatasi semua jangkaan musim kedua mereka apabila berjaya menempatkan diri di tempat keenam.

“Ia adalah sukar bagi mana–mana pasukan untuk beraksi di Ipurua. Kami bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan boleh mendapatkan sesuatu yang positif daripada perlawanan itu,” midfield Eibar, Adrian Gonzalez memberitahu laman sesawang kelab.

ARTIKEL YANG SAMA