Real Madrid cemas

Real Madrid cemas

KIEV, 26 Nov (AFP) – Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid terselamat dalam aksi penuh dramatik dengan menang tipis ke atas Shakhtar Donetsk 4-3 untuk meraih tangga teratas Kumpulan A, sekali gus mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Real nyata bermula garang di Lviv Arena dengan ledakan dua gol menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-18 dan minit ke-70. Dua lagi gol Real menerusi Luka Modric (50) dan Dani Carvajal (52).

Empat hari selepas dimalukan Barcelona dengan kekalahan 4-0 di El Clasico, corak permainan bertahan jurulatih Rafael Benitez diragui, namun Real bangkit untuk menyerlah awal di Ukraine.

Selepas selepas dengan jaringan 4-0, Shakhtar tidak mahu menyerah apabila bangkit dengan menyumbat tiga gol dalam 12 minit terakhir permainan.

Alex Teixeira meledak dua gol untuk tuan rumah pada minit ke-78 menerusi penalti dan diikuti gol keduanya pada minit ke-88.

Ronaldo (kanan) membantu Bale bangun semasa menentang Shaktar dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A di Lviv, semalam. – AFP
Ronaldo (kanan) membantu Bale bangun semasa menentang Shaktar dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A di Lviv, semalam. – AFP

Pemain Brazil, Dentinho pula meledak gol ketiga pada minit ke-83 namun agak terlewat untuk mendapat gol penyamaan.

Shakhtar yang kurang bermaya tanpa ketua pasukan Dario Srna dan bek Alexander Kucher kerana digantung perlawanan, perlu menang untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terakhir.

Real pantas menghidu peluang apabila pada minit kedua, Modric mendapati Ronaldo tidak dikawal tetapi rembatan bintang Portugal melepasi palang gol.

Ronaldo membuat perubahan 16 minit kemudian apabila menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat hasil sepakan silang cantik dari Gareth Bale.

Penjaga gol Real, Kiko Casilla jarang bermasalah manakala Ronaldo pula sering terlepas peluang terbaik untuk menggandakan pendahuluan pasukan pada minit ke-30.

Pada minit ke-50, Ronaldo mencipta peluang apabila berjaya melepasi pertahanan Shakhtar sebelum Modric menjaringkan gol dari luar kotak penalti.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSV) mudah menewaskan Malmo 5-0 untuk menyertai Real dalam pusingan kalah mati.