Real Madrid hampir tersingkir

Real Madrid hampir tersingkir

MADRID, 4 Dis (AFP) – Real Madrid kian hampir tersingkir daripada saingan Copa del Rey selepas kelab divisyen tiga, Cadiz membuat rayuan terhadap tindakan kelab gergasi Sepanyol itu menurunkan pemain yang digantung.

Ia disahkan sendiri oleh Cadiz selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak persatuan bola sepak negara itu membabitkan pemain Real, Denis Cheryshev yang turut menjaringkan gol pembukaan ketika mereka tewas 3-1.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Cadiz meminta maaf terhadap apa yang berlaku. Dan sebagai rasa hormat kepada Real serta penyokongnya, kelab itu enggan membuat sebarang komen sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

Peraturan di Sepanyol jelas betapa Cheryshev sepatutnya menjalani penggantungan dan pengurus Real, Rafael Benitez turut bertanggungjawab terhadap Valencia yang tersingkir apabila menyenaraikan empat pemain bukan Eropah ketika hanya tiga dibenarkan.

Real menyedari kesilapan itu sambil mendakwa badan induk bola sepak Sepanyol dan bekas kelab Cheryshev, Villarreal tidak memaklumkan tentang penggantungan berkenaan.

“Jelasnya kami tidak tahu. Villarreal dan persekutuan bola sepak kami tidak memaklumkan perkara ini,” kata Benitez.

Pengarah Perhubungan Institusi Real, Emilio Butragueno juga meletakkan kesalahan itu kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol dan Villarreal.

“Saya juga mahu katakan yang Cheryshev sendiri tidak tahu tentang penggantungan itu,” kata Butragueno. Bagaimanapun, Julai lalu, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sudah berikan senarai pemain yang berada dalam penggantungan.

“Ia kesilapan besar yang dilakukan seseorang dalam kelab itu,” kata Presiden Liga Profesional Sepanyol, Javier Tebas.

“Agak sedih apabila pertandingan ini kehilangan pasukan yang hebat tetapi Real perlu jelaskan apa yang berlaku.”

ARTIKEL YANG SAMA