Real Madrid Juara Eropah

Real Madrid Juara Eropah

MILAN, 29 Mei – Cristiano Ronaldo menambah sentuhan penyudah apabila Real Madrid dimahkotakan gelaran raja Eropah buat kali ke-11 dengan kemenangan melalui sepakan penalti penentuan 5-3 ke atas Atletico Madrid, selepas seri 1-1 pada waktu sebenar dan masa tambahan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi waktu Brunei.

Dua tahun selepas menghidupkan kembali bidaan Real bagi gelaran ke-11, kapten pasukan Sergio Ramos menjaringkan jaringan pembukaan selepas hanya 15 minit dalam kehadiran penuh penonton di stadium San Siro.

Namun perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan apabila pemain gantian Atletico Yannick Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Selepas dua sesi waktu tambahan tanpa jaringan, perlawanan kemudian terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Dan apabila usaha pemain pertahanan Juanfran tidak menepati sasaran apabila terkena tiang gawang sebelah kiri Keylor Navas, ia memberikan Real kelebihan.

Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara setelah menewaskan Atletico Madrid melalui penalti penentuan 5-3. – AFP
Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara setelah menewaskan Atletico Madrid melalui penalti penentuan 5-3. – AFP

Ronaldo kemudian menyempurnakan tugas tanpa membuat kesilapan sekali gus memperoleh trofi itu buat kali kedua dalam masa tiga tahun untuk memberikan kekecewaan kepada Atletico sekali lagi selepas kekalahan menyeksakan.

Real, pemenang utama kejohanan itu pada 1956, memenangi gelaran ke-10 kejohanan itu dua tahun lepas di Lisbon apabila jaringan lewat Ramos melanjutkan perlawanan ke masa tambahan.

Jurulatih Atletico Diego Simeone telah berikrar pasukannya, juara Liga Eropah dua kali pada 2010 dan 2012, akan akhirnya menamatkan penantian untuk memenangi kejohanan perdana Eropah itu.

Namun apakan daya ternyata pasukan yang lebih baik muncul pemenang pada perlawanan tersebut. – AFP