Real Madrid kekalkan formula

Real Madrid kekalkan formula

MADRID, 12 Sept – Real Madrid bergantung pada formula kejayaan setahun lalu tatkala ia berusaha menjadi pasukan pertama yang memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut, memainkan bintang yang sama yang membawa kemenangan pada musim lalu.

Yakin ia telahpun mempunyai apa yang diperlukan untuk mengulang sebagai juara, Madrid mengatasi pemain terkenal baru selepas memenangi piala Eropah ke-11 pada tahun lalu, mengehadkan tindakannya kepada pemain yang bukan di barisan permulaan pada musim baru ini.

Satu-satunya pemain tambahan Madrid sebelum perlawanan Liga Juara-juara melawan Sporting Lisbon pada Rabu adalah penyerang muda Alvaro Morata, yang menghabiskan dua musim bersama Juventus dan bermain untuk Sepanyol pada kejohanan Euro 2016. Ia juga mengembalikan Marco Asensio daripada pinjaman di Espanyol, pemain midfield yang telah bermain dengan cemerlang dan juga berjaya memasuki pasukan kebangsaan Sepanyol. Beberapa pemain telah meninggalkan pasukan, termasuk Jese Rodriguez ke Paris Saint-Germain, tetapi tidak ada seorang pun yang telah bermain dengan tetap di kalangan pemain baru.

Tidak harus adanya perubahan besar dalam barisan pemain baru daripada pasukan yang menewaskan Atletico Madrid dalam sepakan penalti dalam perlawanan final musim lalu.

Gambar fail Real Madrid ketika memenangi Liga Juara-juara musim lepas. – AFP
Gambar fail Real Madrid ketika memenangi Liga Juara-juara musim lepas. – AFP

“Kami berada dalam kedudukan amat baik sebelum Liga Juara-juara. Kami mempunyai ramai pemain yang sudah kembali dan ia merupakan kunci,” kata pemain midfield Luka Modric. “Kami mempunyai skuad yang hebat. Dalam setiap kedudukan, kami mempunyai dua atau tiga pemain dan kami gembira dengan keadaan tersebut.”

Ramai pesaing kejuaraan Madrid menambah pemain baru, tetapi presiden Madrid Florentino Perez dan jurulatih Zinedine Zidane rasa tidak timbulnya keperluan untuk membeli lebih ramai pemain teratas walaupun pengharaman kontrak satu tahun daripada FIFA bakal dilaksanakan kerana mencabul peraturan yang melindungi pemain di bawah umur. Pengharaman berkuatkuasa selepas musim pemindahan pada musim panas ini.

Skuad itu sekali lagi akan dipimpin oleh Sergio Ramos, Marcelo, Luka Modric, Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo.

“Pasukan adalah mantap,” kata Ronaldo selepas Madrid menewaskan Osasuna 5-2 dalam liga Sepanyol pada Sabtu. “Kami telah bermula dengan baik dan saya berharap kami boleh terus mencatat prestasi baik.” – AP