Real Madrid kurang menyengat

Real Madrid kurang menyengat

MADRID, 24 Ogos (AFP) – Real Madrid yang dibimbing Rafael Benitez kurang menyengat pada aksi sulung musim ini apabila hanya seri 0-0 kepada kelab yang baharu melonjak ke La Liga, Sporting Gijon awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Los Blancos kini ketinggalan dua mata kepada penyandang juara, Barcelona selepas berjaya membalas dendam kekalahan kepada Athletic Bilbao dalam perebutan Piala Supar Sepanyol, minggu lalu.

Barca menang 1-0 menerusi jaringan tunggal Luis Suarez pada separuh masa kedua.

Sporting yang tidak beraksi di La Liga selepas tiga tahun berjaya mengekang Real di depan penonton sendiri dan seakan-akan mampu merebut tiga mata namun tandukan Antonio Sanabria gagal menghasilkan gol.

“Ia jelas permainan kami pada separuh masa pertama kurang baik. Pada separuh masa kedua, kita menguasai lebih banyak bola dan berjaya memperoleh peluang namun nasib tidak menyelebahi kami,” kata kapten Real, Sergio Ramos.

Benitez menurunkan Gareth Bale di posisi tengah namun bintang Wales itu sekali lagi mengecewakan Real untuk menerokai peluang lebih selesa.

Begitu juga aksi Cristiano Ronaldo yang gagal sepenuhnya menguasai bahagian jentera serangan dan satu-satunya peluang apabila dia gagal melorongkan bola kepada James Rodriguez yang berkedudukan selesa untuk merembat ke arah gawang Sporting.

Sekali lagi Pemain Terbaik Dunia itu gagal melengkapkan peluang yang terdedah hasil bola lintang menerusi Danilo pada 15 minit permainan tamat.

ARTIKEL YANG SAMA