Real Madrid mampu ulangi kejayaan

Real Madrid mampu ulangi kejayaan

MADRID, 13 Sept – Menjelang permulaan kempen Liga Juara-juara 2016-2017 mereka menentang Sporting Lisbon Khamis ini, AFP Sports meninjau mengenai lima sebab juara bertahan Real Madrid boleh menguasai kejohanan itu buat kali ke-12.

Pasukan yang paling berjaya

Sebagaimana yang anda tahu, Madrid adalah pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu, tiada kelab yang lain menyamai rekod mereka dalam saingan Liga Juara-juara.

Gelaran kedua dalam tiga tahun menjadikan Real berada empat piala di depan AC Milan sebagai raja Eropah dan apabila ia tiba pada pentas akhir Eropah, pasukan Santiago Bernabeu itu akan bertukar menjadi kuasa yang hampir tidak boleh ditewaskan.

Sebahagian besar kejayaan mereka datang daripada fakta apabila tiba dalam pengimbangan keutamaan pada perniagaan itu di akhir musim, tidak seperti kelab lain, Madrid sering mengutamakan Liga Juara-juara berbanding tugas-tugas domestik. Dijangkakan musim ini juga tidak berubah.

Pemain-pemain Real Madrid menjalankan latihan bersama menjelang perlawanan menentang Sporting Lisbin Khamis ini. – AFP
Pemain-pemain Real Madrid menjalankan latihan bersama menjelang perlawanan menentang Sporting Lisbin Khamis ini. – AFP

121131-01-03

Skuad yang stabil

Jurulatih Zinedine Zidane dan presiden Florentino Perez menegaskan skuad Real “mustahil” untuk diperbaiki setelah mereka membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang penandatanganan pemain ketika pasaran perpindahan dibuka.

Kembalinya Alvaro Morata dari Juventus adalah satu-satunya langkah signifikan Real, yang telah memberikan kestabilan yang luar biasa di Bernabeu.

Ketibaan Morata juga menambah ketajaman dalam salah satu posisi yang memerlukan peningkatan apabila pemain kebangsaan Sepanyol itu akan bersaing dengan Karim Benzema untuk menjadi pilihan utama Zidane di posisi penyerang tengah yang digandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Ronaldo hampiri gol ke-100

Penjaring terbanyak kejohanan tersebut sejak empat musim kebelakangan, Cristiano Ronaldo digelar Mr. Champions League dan kini mempunyai sasaran baru dalam kejohanan itu.

Ronaldo yang mengejar rekod jaringan ke-100 dalam saingan Liga Juara-juara kali ini. – AFP
Ronaldo yang mengejar rekod jaringan ke-100 dalam saingan Liga Juara-juara kali ini. – AFP

Pemain Portugal itu hanya kurang tujuh gol untuk mencecah gol ke-100 dalam saingan Liga Juara-juara dan sebelumnya telah mencecah jaringan dua angka di Eropah buat lima musim kebelakangan, sejak kembalinya daripada kecederaan baru-baru ini, sudah pasti banyak lagi jaringan dijangkakan pada saingan Liga Juara-juara kali ini.

Bale ingin bermain di Cardiff

Jika Madrid memerlukan lebih banyak motivasi untuk mempertahankan kejuaraan mereka, salah seorang bintang mereka mempunyai sebab-sebab istimewa untuk kembali ke pertandingan akhir.

Gareth Bale menyasarkan untuk membawa pasukannya ke final untuk beraksi di tempat kelahirannya di Cardiff. – AFP
Gareth Bale menyasarkan untuk membawa pasukannya ke final untuk beraksi di tempat kelahirannya di Cardiff. – AFP

Gareth Bale berkata dia datang ke Madrid untuk memenangi Liga Juara-juara dan telah melakukannya dalam dua kali pada tiga tiga musim pertamanya. Bagaimanapun, peluang untuk memenanginya di depan penyokong tempat asalnya di Cardiff pada 3 Jun tahun depan adalah sesuatu yang dinantikannya.

“Ia sesuatu perasaan yang sangat hebat. Saya telah merasai Piala Super di Cardiff sebelum ini dan ia akan begitu menakjubkan untuk mengalami perlawanan akhir sebenar Liga Juara-juara di Cardiff,” ujar Bale minggu lepas.

Mempertahankan kejuaraan

Salah satu pencapaian yang tinggal untuk Madrid kuasai dalam Liga Juara-juara adalah untuk memecahkan rekod 26 tahun sejak trofi itu berjaya dipertahankan.

Madrid telah mencuba dan gagal empat kali sejak Milan melakukannya pada 1990, namun pengalaman yang didapati daripada kejayaan enam separuh akhir bermakna mereka berada di tempat yang lebih baik untuk mempertahankan trofi itu.