Real Madrid menang bergaya, Atletico hanya mampu seri

Real Madrid menang bergaya, Atletico hanya mampu seri

BARCELONA, 22 Ogos – Gareth Bale menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid memulakan kempen baru La Liga Sepanyol dengan kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad ketika Atletico Madrid diikat 1-1 bertemu Alaves, awal pagi hari ini.

Bale yang membantu Wales melangkah ke separuh akhir Euro 2016, bulan lalu mengetuai Real yang mengharungi hari pertama liga tanpa khidmat pemain bintang, Cristiano Ronaldo dan beberapa tonggak utama.

Gol Bale pada minit kedua menerusi tandukan meletakkan Real di depan sebelum Marco Asensio menambah jaringan diikuti gol ketiga yang dijaringkan pada masa kecederaan pada aksi di Stadium Anoeta itu.

Reaksi Bale (kiri) selepas menjaringkan gol buat Real Madrid dalam La Liga Sepanyol di Stadium Anoeta, San Sebastian, Utara Sepanyol. – AP
Reaksi Bale (kiri) selepas menjaringkan gol buat Real Madrid dalam La Liga Sepanyol di Stadium Anoeta, San Sebastian, Utara Sepanyol. – AP

“(Bale) memulakannya dengan cara paling baik, dengan pantas menjaringkan gol,” kata pengurus Real, Zinedine Zidane. “Dia sudah berkata yang musim ini amat penting buatnya dan dia sedang menunjukkannya.

“Kami perlu memulakan saingan dengan baik.” Kelab tetangga Real, Atletico dalam pada itu terlepas tiga mata penuh yang seakan memberi petanda tiada lagi persaingan tiga penjuru bagi persaingan La Liga musim ini untuk tahun keempat berturut-turut.

Skuad bimbingan Diego Simeone mendominasi perlawanan, dengan dua percubaan menggegar palang Alaves dengan kedua-dua gol dijaringkan pada masa kecederaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA