Real Madrid Mengamuk

Real Madrid Mengamuk

MADRID, 9 Dis – Cristiano Ronaldo meledak empat gol bagi mencipta rekod baharu dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan Real Madrid turut menyamai rekod kemenangan untuk kejohanan itu selepas membelasah Malmo 8-0, awal pagi tadi.

Penyerang bermasalah, Karim Benzema menghasilkan hatrik pertamanya dalam tempoh lima tahun manakala Mateo Kovacic menyumbat gol pertama untuk kelab gergasi Sepanyol itu.

Ronaldo yang menjaringkan 11 gol dalam peringkat kumpulan berjaya mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada musim 2013/2014 dan Luiz Adriano (Shakhtar Donetsk) musim lalu.

“Untuk pencapaian peribadi, saya gembira kerana mencipta satu lagi rekod baharu,” kata Ronaldo.

Ronaldo juga memperbaiki rekod sepakan percumanya buruknya yang merupakan gol ketiga melalui sepakan percumanya dalam 97 percubaan terbaru di semua pertandingan, menurut pakar statistik Twitter Sepanyol @2010MisterChip.

Real kini mencatat lima kemenangan berturut-turut sejak tewas 0-4 di tangan Barcelona, bulan lalu.

Aksi menarik Cristiano Ronaldo semasa menentang Malmo di Santiago Bernabeu, semalam. – AFP
Aksi menarik Cristiano Ronaldo semasa menentang Malmo di Santiago Bernabeu, semalam. – AFP

“Kami sudah biasa dikritik tetapi kami mempamerkan peningkatan peringkat demi peringkat. Pasukan kini lebih baik dan lebih berkeyakinan.

“Lima kemenangan berturut-turut membuktikan kami berada pada tahap terbaik dan perlu mengekalkannya,” kata Ronaldo. Jaringan yang dihasilkan ke atas Malmo itu turut menyamai rekod Liverpool yang menewaskan Besiktas 8-0 pada November 2007 dengan jurulatih Real ketika ini, Rafael Benitez membimbing The Reds. – AFP/Reuters