Real Madrid perlu berkerja keras

Real Madrid perlu berkerja keras

BELGRADE, 7 Feb – Real Madrid terpaksa bekerja keras untuk mara ke peringkat kalah mati Euroleague selepas tewas 77-68 kepada Laborai Kutxa Vitoria dari Sepanyol pada Jumaat lalu dalam perlawanan kelab perdana benua bola keranjang.

Fenerbahce Istanbul melanjutkan rekod tanpa kalah mereka dalam peringkat kumpulan kedua kepada enam perlawanan dengan kemenangan 77-73 di Anadolu Efes menerusi 15 mata yang diperioleh Epke Udoh dan Bogdan Bogdanovic.

Fabien Causer dari Vitoria menjaringkan 15 mata dan Jaka Blazic menambah 13 untuk menghidupkan harapan mereka mara ke suku akhir.

Real, yang memenangi sembilan gelaran musim lalu, sekarang hanya mencatatkan tiga kemenangan dan tiga kalah dalam kumpulan mereka. Peringkat kumpulan kedua memperkenalkan dua kumpulan yang terdiri dari lapan pasukan, dengan empat pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke lima terbaik siri playoff suku akhir.

Pemenang akan layak bagi Final Four di Berlin yang akan diadakan pada 13-15 Mei depan.

“Jaringan three-pointer berturut –turut membolehkan mereka mendahului dan mereka beraksi dengan keyakinan,” jurulatih Real, Pablo Laso memberitahu www.euroleague.net.

“Kami terlepas beberapa jaringan terbuka dan tidak dapat menyamai kekuatan mereka ketika mereka beraksi dengan agresif.”

Barcelona berada dalam masalah lebih sukar dalam kumpulan mereka dengan hanya dua kemenangan dan empat kekalahan. Mereka tewas 74-70 di Germans Brose Baskets Bamberg pada Khamis lalu dengan Janis Strelnieks menjaringkan 16 mata dan Darius Miller menambah 15.

Gergasi Catalan menjaringkan hanya tiga pointer dari 22 percubaan dan melakukan 11 turnover.

Juara enam kali, CSKA Moscow menyingkirkan Zalgiris Kaunas dari Lithuania 94-95, dibantu dengan 20 mata dari pemain utama Serbia, Milos Teodosic, sementara itu Olympiakos Piraeus, yang memenangi beberapa gelaran berturut –turut pada 2012 dan 2013, menewaskan Khimki Moscow 89-77. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA