Real Madrid sambar Kovacic

Real Madrid sambar Kovacic

MADRID, 19 Ogos – Midfield antarabangsa Croatia Mateo Kovacic menyertai Real Madrid dari Inter Milan dengan persetujuan enam tahun, gergasi Sepanyol itu mengesahkan semalam.

“Real Madrid dan Inter Milan bersetuju dengan perpindahan Mateo Kovacic, yang akan diikat di kelab itu untuk tempoh enam musim seterusnya,” kata Madrid dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media Sepanyol, juara Eropah 10 kali itu akan membayar sehingga 35 juta euro (AS$38.9 juta) bagi pemain berusia 21 tahun itu. Dia diperkenalkan kepada peminat kelab hari ini selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Kovacic memulakan kerjayanya di negaranya bersama Dinamo Zagreb sebelum berpindah ke Inter dua tahun lalu, di mana dia menjaringkan lapan gol dalam 97 kemunculan.

Bagaimanapun, jurulatih Inter Roberto Mancini mengakui awal minggu ini bahawa tekanan kewangan memaksa pasukan Serie A itu menjual salah seorang daripada aset mereka yang berharga.

Kovacic menyertai Real Madrid dengan persetujuan enam tahun. – Reuters
Kovacic menyertai Real Madrid dengan persetujuan enam tahun. – Reuters

Kovacic dikaitkan dengan rakan sepasukan antarabangsa Luka Modric di Bernabeu, tetapi dilihat sukar untuk mendapatkan tempat awal biarpun harganya tinggi dengan persaingan tempat dalam midfield nampak sengit dengan kehadiran James Rodriguez, Toni Kroos dan Isco.

Madrid selalunya sunyi semasa perpindahan musim panas, tetapi dengan pengambilan Kovacic, Los Blancos dapat mengekalkan tren sekarang dengan menyambar pemain muda berbakat sekitar Eropah.

Ketibaannya Kovacic seharusnya membuka pintu keluar bagi Asier Illarramendi selepas dua musim mengecewakan di kelab itu dengan midfield Basque dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA