Real Madrid sedia lepaskan Rodriguez

Real Madrid sedia lepaskan Rodriguez

LONDON, 3 Ogos – Paris Saint-Germain telah mempersetujui perjanjian 24.96 juta euro untuk mendapatkan khidmat pemain Jese Rodriguez dari Real Madrid, menurut laporan.

Penyerang Sepanyol itu telah dikaitkan dengan Arsenal dan Liverpool, tetapi memilih langkah sebaliknya apabila dilihat telah bersedia untuk terbang ke Perancis.

Jese berharap untuk kekal di Real pada musim panas ini tetapi kedatangan Alvaro Morata dari Juventus dijangka bakal mengancam had masa permainannya untuk bermain dalam lebih banyak perlawanan.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan 18 gol dalam 94 penampilan sepanjang empat musim bersama skuad senior Real dan berharap dapat menempatkan dirinya sebagai salah seorang skuad utama pasukan di bawah pengurus baru PSG Unai Emery.

Akhbar Perancis, L’Equipe mendakwa bayaran itu telah dipersetujui pada hujung minggu, dan Jese akan menjadi pemain keempat yang mengikat perjanjian di bawah Emery pada musim panas selepas perjanjian untuk Thomas Meunier, Hatem Ben Arfa dan Grzegorz Krychowiak selesai.

Pemain tengah, Marco Verratti juga telah memberikan rangsangan kepada PSG selepas menandatangani perjanjian baru pada Selasa.

Tetapi jika satu lagi perpindahan berlaku melibatkan Jese, bermakna Arsenal dan Liverpool perlu mengintai pemain lain untuk mendapatkan pemain tengah. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA