Real Madrid tewaskan Eibar 2-0

Real Madrid tewaskan Eibar 2-0

MADRID, 30 Nov (Reuters) – Tandukan Gareth Bale dan penalti Cristiano Ronaldo menghadiahkan Real Madrid kemenangan 2-0 ke atas Eibar dalam kempen La Liga, semalam, kebangkitan yang amat ditagih kelab gergasi Sepanyol itu.

Real terdesak untuk mencatat kemenangan selepas dikejutkan Barcelona, minggu lalu yang meletakkan pasukan itu ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga.

Gol dijaringkan Bale menamatkan kemarau gol buatnya yang kali terakhir meledak pada Ogos lalu bertemu kelab kerdil, Basque.

Kerja keras Real kemudian dibalas pada minit ke-84 menerusi Ronaldo yang menyempurnakan penalti susulan kekasaran Dani Garcia ke atas Lucas Vazquez. Kemenangan juga jelas mengurangkan bebanan jurulatih Real, Rafa Benitez yang sebelum ini diminta melepaskan jawatannya selepas kekalahan kepada Barcelona.

ARTIKEL YANG SAMA