Real, Man City Terikat 0-0

Real, Man City Terikat 0-0

MANCHESTER, 27 April – Real Madrid berjaya menjalani perlawanan dengan baik meski tanpa Cristiano Ronaldo untuk bertahan menentang Manchester City dengan mencatat keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, di sini, sebentar tadi.

Kecederaan paha menghalang Ronaldo daripada beraksi dan Madrid juga bermain pada babak kedua di Stadium Etihad tanpa Karim Benzema, sekali gus menafikan juara Eropah 10 kali itu dua penyerang terhebat mereka.

Bagaimanapun City yang membuat kemunculan pertama pada separuh akhir dalam kejohanan elit Eropah, tidak mampu mengambil peluang dan akhirnya terpaksa berterima kasih kepada penjaga gol Joe Hart yang menyelamatkan percubaan lewat Casemiro dan Pepe ketika Madrid tampak semakin kuat.

Pusingan kedua di Madrid akan berlangsung minggu depan, dengan City kelebihan kerana tidak melepaskan gol di tempat lawan.

Pertemuan antara pasukan terhebat dalam bola sepak Eropah dan pencabar baharu itu terbukti menampilkan sesuatu yang agak mengecewakan terutama dengan ramai pemain berbakat bermain.

Aksi hebat kedua-dua pasukan ketika merebut bola pada perlawanan itu. – AFP
Aksi hebat kedua-dua pasukan ketika merebut bola pada perlawanan itu. – AFP

Kehilangan Ronaldo, yang dijangka cergas, memberikan City sedikit kelega an sebelum perlawanan yang memastikan Madrid kekurangan ketajaman di bahagian depan.

Sementara itu bagi perlawanan seterusnya di Bernabeu, jurulatih Manchester City berkata pihaknya tiada apa-apa untuk ditakutkan ketika berkunjung di sana, meskipun David Silva tidak akan bermain pada perlawanan itu nanti.

David Silva tidak akan bermain pada perlawanan kedua pada 4 Mei ini disebabkan kecederaan hamstring.

Saya tidak berasa Real ada pasukan pilihan,” ujar Pellegrini, “ Kami tidak gerun untuk bermain di Bernabeu.” Real Madrid belum menjaringkan sebarang gol di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-juara musim ini.

City pula tidak meraih sebarang rembatan pada sasaran sehingga masa-masa kecederaan pada pusingan pertama, dan tugas mereka menentang Juara Eropah 10 kali itu akan lebih susah dengan ketiadaan Silva, yang mula tempang sebelum separuh masa pagi tadi.

“David tidak akan dalam keadaan cergas pada perlawanan minggu depan,” kata Pellegrini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA