Real mara kelompok 16 Piala Raja Sepanyol

Real mara kelompok 16 Piala Raja Sepanyol

BARCELONA, 16 Dis (Reuters) – Ricky van Wolfswinkel meledak dua kali dalam keputusan seri 3-3 di Sporting Gijon awal pagi tadi bagi membantu Real Betis ke kelompok 16 terakhir Piala Raja Sepanyol.

Betis mara dengan kemenangan agregat 5-3, selepas menewaskan Gijon 2-0 pada perlawanan pertama. Deportivo La Coruna turut mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan agregat 3-2 selepas seri 1-1 menentang kelab divisyen dua, Llagostera.

Juan Dominguez menjaringkan gol tunggal Deportivo tetapi turut menjadi penyebab kepada penalti lawan yang disempurnakan Jordi Lopez.

Espanyol bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Levante 2-1 dan mara dengan kemenangan agregat 3-2, manakala Sevilla menang 2-0 ke atas Logrones, 5-0 secara agregat.

Penyandang juara, Barcelona menempah tiket lebih awal selepas menewaskan Villanovense pada pertemuan yang dipercepatkan kerana pembabitan mereka dalam Piala Dunia Kelab.

Real Madrid tersingkir daripada saingan selepas didapati bersalah kerana menurunkan pemain dalam penggantungan, Denis Cheryshev ketika bertemu Cadiz.

ARTIKEL YANG SAMA