Real menang, Ancelotti belum buas hati

Real menang, Ancelotti belum buas hati

MADRID, 30 April – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti beranggapan pasukannya kini berada pada tahap terpenting musim ini dan beranggapan semua baki perlawanan amat penting.

Juara Eropah 10 kali itu menewaskan Almeria 3-0 dalam saingan Liga Sepanyol, awal pagi tadi dan pengendali dari Itali itu melihat ranjau sukar bagi pasukan terutama untuk mengejar pendahulu La Liga, Barcelona.

Madrid akan berkunjung ke Sevilla, Sabtu ini sebelum dijadual berdepan gergasi Itali, Juventus dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa.

“Kami berada pada tahap paling penting dalam musim ini dan semua perlawanan adalah penting,” kata Ancelotti. “Saya akan menurunkan pasukan terkuat menentang Sevilla sekalipun selepas itu kami akan bertemu Juventus.

“Kami tidak yakin yang Barca akan terlepas dua mata namun kami akan memenangi keempat-empat baik perlawanan,” katanya.

Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Almeria, Mauro Javier dos Santos dalam aksi La Liga di stadium Santiago Bernabeu semalam. – AFP
Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Almeria, Mauro Javier dos Santos dalam aksi La Liga di stadium Santiago Bernabeu semalam. – AFP

Real merakamkan kemenangan ke atas Almeria menerusi jaringan James Rodriguez diikuti gol sendiri Mauro Dos Santos dan Alvaro Arbeloa pada babak kedua.

Kemenangan sekali gus yang membawa Galaticos kembali dibezakan dengan jurang dua mata di belakang pendahulu, Barcelona. Apa pun, tekanan terarah kepada Real selepas Barca membelasah Getafe 6-0, semalam.

Dalam pada itu, penyandang juara, Atletico Madrid mengukuhkan kedudukan di kedudukan ketiga liga hasil kemenangan 1-0 ke atas Villarreal. Penyerang,

Fernando Torres muncul wira Atletico dengan menyumbat jaringan kemenangan selepas dimasukkan selaku pemain gantian. – AFP