Real menang besar, Ronaldo dirai

Real menang besar, Ronaldo dirai

MADRID, 8 Jan – Cristiano Ronaldo mempersembahkan empat anugerah Ballon d’Or miliknya dan menjaringkan gol pertamanya dalam tahun 2017 ini apabila Real Madrid menyamai rekod 39 perlawanan tanpa kalah pesaing ketatnya, Barcelona, dengan membelasah Granada dengan jaringan 5-0.

Manakala Sevilla memintas Barca ke tangga kedua, empat mata di belakang Real, terima kasih kepada jaringan hatrik Wissam Ben Yeddar dalam kemenangan bergaya 4-0 ke atas pasukan di tangga keenam Real Socieda, semenatara Atletico Madrid menang 2-0 di Eibar bagi melonjak naik ke tangga keempat.

Di Bernabeu telah diberikan penghormatan oleh para pe menang Ballon d’Or sebelum ini yang pernah bermain untuk Madrid termasuk Luis Figo, Ronaldo, Michael Owen dan jurulatihnya sendiri, Zinedine Zidane sebeluk sepak mula.

Dan rentetan perlawanan tanpa kalah Real sejak bulan April tahun lepas berterusan apabila perlawanan dimulakan dengan Real menjaringkan empat gol dalam 30 minit separuh masa pertama.

Isco dan Karim Benzema membuat penyudah dari jarak deka, kemudian jaringan ketiga Real dihasilkan melalui tandukan Ronaldo hasil hantaran Marcelo.

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bergambar bersama keempat-empat piala Ballon d’Or yang dimenanginya sebelum sepak mula perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Granada di Santiago Bernabeu. - AFP
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bergambar bersama keempat-empat piala Ballon d’Or yang dimenanginya sebelum sepak mula perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Granada di Santiago Bernabeu. – AFP

Satu lagi jaringan mudah Isco menjadikan jaringan 4-0 sebelum rehat dan Casemiro menyudahkan hantaran dari sepakan percuma James Rodriguez bagi jaringan kelima selepas rehat.

Pesaing Ballon d’Or Ronaldo, Antoine Griezmann telah memastikan kemenangan 2-0 Atletico ke atas Eibar.

Selepas aksi separuh masa pertama tanpa jaringan, Saul Niguez menyumbat masuk jaringan pertama Atletico lapan minit selepas rehat.

Griezmann yang mengalami kemarau gol selama 821 minit La Liga sejak 2 Oktober, akhirnya menjaringkan gol dari jaka dekat selepas membuat hantaran 1-2 dengan Kevin Gameiro 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Sevilla merupakan pencabar terdekat Real apabila menewaskan Sociedad bagi kekalahan permata Sociedad di laman sendiri sejak bermulanya musim ini.

Ben Yedder menjaringkan dua gol dalam masa empat minit separuh masa pertama bagi menempatkan pasukan pelawat di depan.

Dan meskipun pasukan tuan rumah cuba membuat siri serangan di awal separuh masa kedua, Ben Yedder memberi umpanan kepada Pablo Sarabia menghancurkan harapan Sociedad untuk bangkit 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Ben Yedder telah menghasilkan satu lagi gol mudah bagi melengkapkan hatrik La Liga pertamanya di minit akhir perlawanan dan menambah jumlah keseluruhan jaringannya sebanyak 15 bagi musim ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA