Real menang t...

Real menang tipis

MADRID, 19 Mac – Bos Real Madrid, Zinedine Zidane memuji kekuatan watak skuadnya yang berjaya menepis serangan berterusan Athletic Bilbao untuk terus mempertahankan jaringan 2-1 menerusi jaringan kemenangan Casemiro, awal pagi tadi.

Pemain tengah antarabangsa Brazil itu menyumbat gol dari jarak dekat pada minit ke-68 untuk memastikan Real terus kekal dengan kelebihan lima mata di depan Barcelona di persada La Liga.

“Kami dipaksa bekerja keras, tetapi pada masa sama kami juga bermain dengan watak yang hebat,” kata Zidane.

“Ia satu kemenangan yang penting dan memastikan kami meneruskan rentak baik.”

Karim Benzema meletakkan pasukan pelawat di depan pada separuh masa pertama selepas menerima hasil umpanan gol Cristiano Ronaldo sebelum Aritz Aduriz kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-65.

Penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas (kiri) dan Sergio Ramos, gagal menghalang bola daripada percubaan Aduriz dari Athletic Bilboa dalam persaingan La Liga. – AP
Penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas (kiri) dan Sergio Ramos, gagal menghalang bola daripada percubaan Aduriz dari Athletic Bilboa dalam persaingan La Liga. – AP

Bagaimanapun, Barcelona boleh mengurangkan semula jurang kepada dua mata apabila berdepan Valencia di Nou Camp, awal pagi esok.

Kekalahan itu menamatkan rentetan tanpa kalah 19 perlawanan di laman sendiri Athletic, dengan kekalahan itu mereka kekal kurang empat mata dari slot ke Liga Juara-Juara.

“Kami dengan jelasnya menguasai perlawanan,” kata Aduriz.

“Kami telah mengepung petak bahaya mereka, namun gagal mencipta peluang jaringan, tetapi mereka mempunyai dua peluang dan telah menjaringkan dua gol.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA