Real pecat Benitez

Real pecat Benitez

MADRID, 5 Jan (Agensi) – Tidak banyak jurulatih bola sepak dipecat belum sampai dua minggu selepas memenangi perlawanan 10-2, tetapi terlalu banyak masalah menimpa Rafa Benitez untuk kekal di Real Madrid, selepas kehilangan kepercayaan daripada para penyokong terhadap juara Eropah 10 kali itu.

Presiden kelab, Florentino Perez, yang memecat Benitez kelmarin, telah memberikan tugas kepada Rafa Benitez pada bulan Jun sebagai jurulatih “yang bernafaskan bola sepak,” menambah “dia akan membuatkan kami kuat.”

Namun kemunculan pertamanya pada saingan liga berakhir dengan keputusan seri 0-0 yang tidak memuaskan apabila menentang pasukan yang baru melonjak ke saingan La Liga Sporting Gijon, dan kemudian timbul kritikan acuh tak acuh mengenai gaya pertahanan Benitez – sesuatu yang dianggap tabo buat penyokong-penyokong Real Madrid.

Lebih-lebih lagi apabila tewas 4-0 di tempat sendiri ketika menentang Barcelona yang lebih memberi kekhuatiran di Santiago Bernabeu, dengan sapu tangan dilambai-lambaikan kepada Benitez menunjukkan rasa jijik terhadapnya.

Lebih banyak lagi kritikan berikutan di tengah-tengah laporan jurulatih itu tidak sependapat dengan James Rodriguez, Francisco “Isco” Alarcon dan Denis Cheryshev.

Rafael Benitez dipecat Real Madrid ekoran kurangnya kepercayaan daripada para penyokong kelab tersebut terhadap cara pengendaliannya. – AFP
Rafael Benitez dipecat Real Madrid ekoran kurangnya kepercayaan daripada para penyokong kelab tersebut terhadap cara pengendaliannya. – AFP

Benitez memberitahu para pemberita bahawa Rodriguez belum “bersedia untuk bermain melebihi 30 minit,” sementara Cheryshev berkata terdapat “komunikasi yang kurang” dengan jurulatih itu. Alarcon pula jarang sekali dimainkan.

Kemudian Madrid disingkirkan dari Copa del Rey selepas memainkan Cheryshev dalam kemenangan saingan pertama 3-1 ke atas Cadiz pada 2 Disember dalam pusingan pembukaan. Pemain Rusia itu membawa penggantungan satu perlawanan apabila menerima dua kad kuning musim lepas ketika dipinjamkan di Villarreal, satu fakta yang tidak disedari oleh Madrid sehingga mengeluarkan pemain itu pada separuh masa perlawanan.

Perez menegaskan Real Madrid tidak bertindak secara tidak wajar dalam memainkan Cheryshev tapi pihak berkuasa, termasuk tribunal utama sukan negara itu, tidak bersetuju dengan kehinaan terhadap kelab itu dalam pertimbangan berturut-turut terhadap Madrid. Walaupun selepas Madrid membelasah Rayo Vallecano 10-2 pada Disember, para penyokong di Bernabeu tetap mengekalkan keengganan mereka menerima Benitez, lebih banyak kritikan dan lebih banyak melambaikan sapu tangan.

ARTIKEL YANG SAMA