Real perlu bersabar

Real perlu bersabar

TURIN, Itali, 6 Mei (AFP) – Jurulatih Carlo Ancelotti berkata Real Madrid memerlukan ‘kesabaran’ dan sokongan penuh stadium Santiago Bernabeu apabila bertemu Juventus minggu depan bagi menjamin penyertaan kedua berturut-turut untuk final Liga Juara-Juara.

Real dinobatkan sebagai juara Eropah untuk rekod buat kali ke-10 tahun lalu dengan kekalahan 4-1 saingan bandar Atletico Madrid di Lisbon.

Tetapi kekalahan 2-1 kepada Juventus di Turin dengan gol pembukaan daripada bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata, memberikan amaran jelas kepada gergasi Sepanyol itu sebelum aksi timbal balik minggu depan.

Morata, yang berpindah ke Juventus pada musim panas lalu enggan untuk meraikan gol pembukaan selepas menewaskan penjaga gol Iker Casillas yang telah menolak rembatan sudut Carlos Tevez ke laluannya dekat tiang gol.

Cristiano Ronaldo, dengan jaringannya yang ke-76 dalam pertandingan, menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi tandukan mudah tetapi hanya untuk menyaksikan Tevez mengesahkan kemenangan melalui sepakan penalti sebelum jam selepas dikasari di kawasan itu.

Reaksi jurulatih Real, carlo Ancelotti semasa pasukannya menentang Juventus di Stadium Juventus di Turin semalam. – Reuters
Reaksi jurulatih Real, carlo Ancelotti semasa pasukannya menentang Juventus di Stadium Juventus di Turin semalam. – Reuters

Real mendapat manfaat daripada jaringan luar yang berharga, tetapi selepas menyaksikan pasukannya berhempas pulas mencari rentak untuk bangkit tetapi sudah terlambat, dan Ancelotti pula berkata beliau menjangka Real sebagai pasukan berbeza minggu depan.

“Kami membuat lebih banyak kesilapan berbanding biasa kerana Juve sentiasa menekan. Semangat mereka lebih tinggi pada babak kedua,” kata Ancelotti.

“Tetapi kami yakin kerana bermain di tempat sendiri dan peminat akan membantu kami. Kami perlu bersabar. Hasilnya negatif tetapi bukan sesuatu yang buruk.”

ARTIKEL YANG SAMA