Real perlu kerja keras

Real perlu kerja keras

MADRID, 16 Okt – Real Madrid perlu menyamai kekuatan 45 minit pertama yang mengejutkan, jelas jurulatih Zinedine Zidane selepas mencatatkan empat keputusan seri berturut–turut dengan kemenangan 6-1 dalam membenam Real Betis semalam.

Pasukan kendalian Zidane itu menyerahkan kedudukan teratas dengan perbezaan jaringan kepada pasukan pesaing, Atletico Madrid dengan tiga keputusan seri berturut–turut dalam La Liga, bersama dengan satu mata di Borussi Dortmund dalam Liga Juara–Juara, sebelum rehat antarabangsa.

Bagaimana pun, rehat selama dua minggu dilihat memihak juara Eropah ketika mereka mendahului 4-0 pada separuh masa pertama untuk mengetepikan Betis.

Reaksi Zidane sebelum perlawanan antara Real Betis menentang Real Madrid di Stadium Benito Villamarin kelmarin. – AFP
Reaksi Zidane sebelum perlawanan antara Real Betis menentang Real Madrid di Stadium Benito Villamarin kelmarin. – AFP

“Selepas empat kali seri, kami mempunyai satu perlawanan di tangan seperti ini. Kami beraksi dengan kekuatan yang sesuai untuk menang,” kata Zidane.

“Tidak terdapat pasukan kecil (dalam liga). Ini adalah tempat sukar untuk hadir tetapi kami bermula dengan kuat dan ia adalah sukar bagi pesaing apabila kami beraksi seperti itu.”

Zidane mengkritik permulaan perlahan pasukannya awal musim ini, terutamanya selepas melepaskan mata di laman saendiri menentang pasukan bawahan Basque, Eibar. – AFP