Real Sedia Hadapi Atletico

Real Sedia Hadapi Atletico

MADRID, 25 Mei – Meskipun ia akan menjadi perlawanan serangan kuat Real Madrid menentang Atletico Madrid yang lebih dikenali dengan permainan pertahanan yang kental pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Sabtu ini, jurulatih Madrid, Zinedine ZIdane berkata pasukannya akan mengamalkan permainan kemas di semua posisi mereka.

“Pada perlawanan seperti ini, semua kemungkinan boleh berlaku, ia pasti sangat rumit, kita tidak memperkatakan sebuah pasukan yang pertahanannya amat bagus, ia pasukan yang bagus.

“Mereka faham bagaimana cara bermain bola. Lawan kita akan mencipta banyak kesukaran sebaik menguasai bola,’’ katanya menjelang pertemuan di San Siro, Milan, Itali.

Atletico mara ke Milan dengan watak pertahanan yang bagus di bawah kendalian Diego Simeone selian serangan pantas yang tepat.

Atletico menyumbat dua gol ketika berdepan Bayern Munich di separuh akhir dan tiga gol ketika menyingkirkan juara bertahan, Barcelona di suku akhir.

Zinedine Zidane ketika mengadakan latihan bersama pasukannya. – AP
Zinedine Zidane ketika mengadakan latihan bersama pasukannya. – AP

“Kami memang mengetahui mereka memiliki pemain berbakat di semua bahagian,’’ kata Marcelo.

“Mereka ada penyerang hebat yang sudah terbukti boleh menembusi semua pasukan, kami perlu lebih waspada,’’ katanya.  Sayap Atletico diketuai pemain veterannya, Fernando Torres bersama penyerang licik berusia 25 tahun, Antoine Griezmann, yang menjaringkan tujuh daripada 16 gol dalam kempen Liga Juara Juara musim ini.

Pada final Liga Juara Juara 2014, Real Madrid menewaskan Atletico 4-1 dalam aksi yang sentiasa memukau sehingga minit akhir.

Sejak itu, Atletico berjaya menebusnya apabila menang 1-0 di Santiago Bernabeu dan seri 1-1 di Vicente Calderon Oktober lalu.

Real Madrid cuba mengejar trofi ke-11 kejohanan itu manakala Atletico memburu kejuaraan sulungnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA