Real tewaskan Bilbao 4-2

Real tewaskan Bilbao 4-2

MADRID, 14 Feb – Penyerang bintang, Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Real Madrid menafikan saingan sengit Athletic Bilbao untuk mencatat kemenangan 4-2 pada aksi La Liga, malam tadi.

Kemenangan turut menyaksikan Galaticos kini hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu liga, Barcelona di tangga kedua liga serta memiliki kelebihan dua mata di depan Atletico Madrid.

Barcelona begitupun kurang beraksi dua perlawanan berbanding Real manakala Atletico juga kurang satu perlawanan.

Selepas Ronaldo menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah seawal minit ketiga perlawanan, Bilbao begitupun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Javier Eraso pada minit ke-10.

Real kembali di depan pada minit ke-37 perlawanan menerusi jaringan James Rodríguez pada minit ke-37 sebelum selesa 3-1 menerusi jaringan Toni Kroos sebelum babak pertama berakhir.

Cristiano Ronaldo ketika meraikan gol pembukaan bagi pasukan Real Madrid. – Reuters
Cristiano Ronaldo ketika meraikan gol pembukaan bagi pasukan Real Madrid. – Reuters

Pada minit ke-83 perlawanan, Real terpaksa beraksi 10 pemain apabila Raphael Varane dilayangkan kad merah namun ia tidak menghalang Ronaldo meledak gol kedua peribadinya, empat minit kemudian.

Gol itu begitupun tidak mematahkan semangat Bilbao untuk terus memburu jaringan dan berhasil apabila Gorka Elustondo meledak gol kedua pada minit ke-90.

Kedua-dua gol Ronaldo dilihat mampu mendiamkan seketika mulut pengkritik penyerang Portugal itu yang dilihat menampilkan aksi buruk ketika Real menewaskan Granada, minggu lalu.

Barca pula dijadual bertemu Celta Vigo, awal pagi Isnin nanti manakala Atletico bertemu Getafe pada hari sama. – AFP