Realisasi konsep sanding tepi kolam

Realisasi konsep sanding tepi kolam

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Tema perkahwinan dalam taman dan tepi kolam merupakan tema yang jarang dibuat di Brunei Darussalam berbanding di negara jiran di mana hiasan bunga dan latar warna hijau memainkan peranan dalam menghidupkan tema ini.

Impian untuk bersanding ala-ala taman dan tepi kolam kini boleh menjadi kenyataan dengan pameran perkahwinan yang mengetengahkan tema ini di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), hari ini.

Pelancaran pameran telah disempurnakan oleh isteri Menteri Pendidikan, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Penerbangan Diraja Brunei (RB), Dermot Mannion.

Meskipun cuaca negara ini tidak seperti di negara luar, namun ia tidak menjadi halangan bagi Zella Event Management selaku penganjur pameran dengan kerjasama Songket Wedding dan RBRC untuk merealisasikan konsep perkahwinan yang bertemakan taman dan tepi kolam dengan iringan tema ‘Weave A Little Magic, Sew A Little Love, Tie The Knot at RBRC’.

Datin Hajah Asmah dan Dermot Mannion ketika memotong reben bagi merasmikan Pameran Perkahwinan di Taman dan Tepi Kolam RBRC.
Datin Hajah Asmah dan Dermot Mannion ketika memotong reben bagi merasmikan Pameran Perkahwinan di Taman dan Tepi Kolam RBRC.

pg04_151128_b

Datin Hajah Asmah bersama tetamu yang lain ketika meninjau sekitar pameran tema perkahwinan tepi kolam RBRC.
Datin Hajah Asmah bersama tetamu yang lain ketika meninjau sekitar pameran tema perkahwinan tepi kolam RBRC.
Antara agensi-agensi perkahwinan yang menawarkan pakej-pakej pengantin yang menarik.
Antara agensi-agensi perkahwinan yang menawarkan pakej-pakej pengantin yang menarik.

pg04_151128_d

 

Pameran antara lain melibatkan penyertaan Amadah Brunei; Catt Creations; HYS Tindulang; Iso Wedding; Reyn HM; S.Naqyyah Design & Tailoring; Simply Sayang dan Wan’s Deco.

Bakal pengantin yang membuat tempahan atau membuat pembelian sekurang-kurangnya $100 daripada mana-mana peserta pameran juga berpeluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi ke Ho Chi Minh.

Selain itu, RB turut menawarkan tambang berbulan madu ke destinasi pilihan jika bakal pengantin membuat tempahan lokasi perkahwinan di RBRC.

Pameran sehingga 29 November yang diadakan di tepi kolam dan Bilik Persidangan Sejahtera RBRC ini dibukakan kepada kunjungan orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA