Rebah, meninggal dunia di tepi jalan

Rebah, meninggal dunia di tepi jalan

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 6 Okt – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) hujung bulan ini tidak kesampaian apabila ditemui rebah dan meninggal dunia di tepi jalan berhampiran simpang Taman Cahaya dekat sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 11:40 pagi, Pauji Zainudin 74, dikatakan sedang menyorong motosikalnya yang pancit menuju ke kedai mekanik di kawasan Taman Cahaya.

Bagaimanapun dalam keadaan cuaca yang panas, beliau tiba-tiba rebah di tepi jalan sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian.

Pegawai Penyiasat, Sarjan Junau ketika dihubungi menjelaskan mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba berdasarkan maklumat orang awam.

REBAH...Pauji ditemui terlentang selepas rebah di kawasan berhampiran simpang Taman Cahaya.
REBAH…Pauji ditemui terlentang selepas rebah di kawasan berhampiran simpang Taman Cahaya.

“Menurut anak mangsa, mangsa juga mempunyai temu janji untuk mendapatkan rawatan di HUS hujung bulan ini berhubung penyakit jantung, buah pinggang dan asma yang dihidapnya sebelum ini,” katanya lagi.

Mangsa, katanya, ditemui terbaring dalam keadaan menelentang di bahu jalan berkenaan sebelum dihantar ke hospital.

“Jenazah mangsa juga sudah dituntut oleh ahli keluarganya”.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.