Rebelo de Sousa menangi pilihan raya presiden Portugal

Rebelo de Sousa menangi pilihan raya presiden Portugal

LISBON, 25 Jan – Calon berhaluan sederhana Marcelo Rebelo de Sousa telah memenangi pilihan raya presiden Portugal semalam, keputusan yang seharusnya membantu mengekalkan keseimbangan politik selepas peralihan dramatik kepada haluan kiri dalam pengundian parlimen Oktober lalu.

Dalam ucapan kemenangan, Rebelo de Sousa, 67 tahun dari parti Demokrat Sosial, berkata beliau akan berusaha untuk menggalakkan kesepakatan dan memulihkan perpecahan yang wujud selepas pilihan raya lalu apabila parti berhaluan kiri menyingkirkan pentadbiran berhaluan sederhana yang mengenakan penjimatan keras di bawah jaminan antarabangsa dalam tahun 2011-14.

Presiden Portugal adalah pemimpin tidak rasmi tetapi beliau berperanan penting pada ketika keadaan politik yang tidak pasti mencengkam negara itu sejak pilihan raya parlimen Oktober lalu yang tidak membawa kepada sebarang keputusan. Beliau mempunyai kuasa untuk membubarkan parlimen dan memecat perdana menteri.

Portugal mungkin memerlukan semua kesepakatan ketika kerajaan berhaluan sederhana, Sosialis yang goyah, yang bergantung pada pihak-pihak berhaluan kiri untuk sokongan dalam parlimen, cuba menyelesaikan janji pilihan rayanya untuk menamatkan penjimatan ekonomi dengan pengurangan defisit belanjawan yang dijanjikan kepada Kesatuan Eropah.

“Pilihan raya ini akan menamatkan proses pilihan raya yang sangat panjang yang menggentarkan negara dan membahagikan masyarakat yang sudah pun kecewa dengan krisis bertahun-tahun. Sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baru dan melenyapkan trauma, memulakan penyelesaian ekonomi, sosial dan politik,” Rebelo de Sousa berkata di Fakulti Undang-Undang Universiti Lisbon tempat dia mengajar.

Marcelo Rebelo de Sousa melambai kepada penyokongnya semasa berucap selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Portugis di Lisbon. – AFP
Marcelo Rebelo de Sousa melambai kepada penyokongnya semasa berucap selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Portugis di Lisbon. – AFP

Dengan hampir kesemua undi dikira, keputusan awal menunjukkan Rebelo de Sousa, bekas wartawan dan yang juga pernah menjadi ketua parti berhaluan bersederhana, Parti Demokrat Sosial, yang memenangi 52 peratus undi, cukup untuk mengelak pilihan raya pusingan kedua.

Saingan terdekatnya, Antonio Sampaio da Novoa, dari parti Sosialis, mengakui kekalahan selepas meraih kira-kira 23 peratus undi. Calon berhaluan kiri, Marisa Matias meraih 10 peratus. – Reuters