Rebut Gizmos terkini di TechXpo 2015

Rebut Gizmos terkini di TechXpo 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Orang ramai hari ini berpeluang untuk memiliki sebuah alat mesin fotokopi terbaru keluaran syarikat tempatan, Azutech Sdn Bhd. Mesin Fotokopi Siri Eksekutif 9 buatan syarikat Jepun yang terkemuka, OKI, mempunyai kemampuan dan keistimewaan yang tersendiri.

Selain memiliki keistimewaan yang sedia ada, mesin tersebut juga mampu mencetak kertas sehingga 1200 milimeter panjang. Dalam kata lain, para pengguna boleh menggunakan mesin tersebut untuk mereka banner peribadi, kalendar dan gambar dengan ukuran yang besar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd, produk tersebut boleh didapati di tapak pameran TechXpo 2015 yang kini sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Berakas. Pelbagai barangan dan produk terkini sedang dipamerkan di sana dan orang ramai boleh merasai dan menikmati sendiri semua produk berkenaan, melihat demonstrasi dan meninjau perkhidmatan yang disediakan di pameran yang diadakan selama 4 hari itu.

Gerbang menuju ke Balai Pameran TechXpo yang diadakan Di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Gerbang menuju ke Balai Pameran TechXpo yang diadakan Di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Tapak pameran Huawei.
Tapak pameran Huawei.

Sebagai salah satu penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka, salah sebuah syarikat antarabangsa, Huawei yang menyertai pameran tersebut, ,akan memperkenalkan kepada TechXpo 2015 produk dan penyelesaian semasa mereka, sambil berkongsi budaya dan aktiviti mereka. Dalam tempoh 12 tahun yang lepas, Huawei di Brunei telah membina Rangkaian Generasi Akan Datang 3G, Rangkaian Mudah Alih, Fiber To The Network Home, dan 4G Rangkaian Mudah Alih.

Pameran TechXpo bukan sahaja menyediakan produk teknologi terbaharu yang terdapat di merata dunia, tetapi ia juga menawarkan promosi yang hebat sepanjang pameran itu diadakan.

Pameran tersebut akan berlangsung dari 22 hingga 25hb Oktober 2015 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, dari jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam. Acara itu dianjurkan oleh Infocom Federation Brunei (IFB), yang diuruskan oleh D’Sunlit Sdn Bhd, dan disokong oleh Kementerian Perhubungan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dan e-darussalam.gov.bn