Rebut peluang...

Rebut peluang 10 malam terakhir di bulan Ramadan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Bagi menggalakkan warganya untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan dengan amal ibadah, Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Qiamullail di Masjid Kampung Sungai Hanching, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, pengarah-pengarah, ketua-ketua unit, ketua-ketua bahagian jabatan di bawah Kementerian Pendidikan, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching, para jemaah, penduduk sekitar serta pegawai dan kakitangan kementerian.

Majlis Qiamullail dimulakan dengan sembahyang Sunat Iftitah diikuti sembahyang Sunat Taubat, Tahajud dan Tasbih yang dipimpin oleh Imam masjid, Haji Noorazalenela bin Haji Ratu.

Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri majlis berkenaan.

Majlis diteruskan dengan jamuan bersahur yang disediakan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei selaku pengendali dan penyelaras aktiviti berkenaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan sembahyang Fardu Subuh berjemaah diikuti sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Imam, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

Majlis itu diadakan sebagai galakan kepada warga Kementerian Pendidikan untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan dengan amal ibadah, menyemarakkan bulan Ramadan dan mengharap kelebihannya serta untuk mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA