Rebut peluang hab satelit Asia Tenggara

Rebut peluang hab satelit Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) – Privasia Technology Bhd bersedia merebut peluang di Asia Tenggara melalui hab satelit baharunya di Cyberjaya.

Dalam satu kenyataan, penggiat penyumberan luar teknologi maklumat dan komunikasi serta proses perniagaan itu berkata, dengan hab satelit baharu berkenaan, anak syarikat milik penuhnya, IPSAT Sdn Bhd, telah memperluas perkhidmatan untuk merangkumi perkhidmatan satelit C-band.

C-band sering diguna untuk tele-komunikasi radio jarak jauh dan boleh berfungsi secara optimum walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Privasia, Puvanesan Subenthiran berkata, syarikat itu kini boleh mencari pelanggan baharu daripada pelbagai industri, termasuk minyak dan gas, maritim, hospitaliti dan pelancongan serta keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Privasia, Puvanesan Subenthiran.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Privasia, Puvanesan Subenthiran.

“Perkhidmatan satelit C-band sangat ideal untuk syarikat yang memiliki pangkalan luar tapak di kawasan pedalaman. “Contohnya, kami boleh menyediakan penyelesaian berdaya maju untuk berkomunikasi dengan pelantar pesisir pantai atau kapal yang lazimnya di luar jangkauan komunikasi,” katanya. Puvanesan yakin hab satelit baharu itu akan meningkatkan prospek syarikat pada masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA