Rebut peluang miliki koleksi ‘Doraemon’

Rebut peluang miliki koleksi ‘Doraemon’

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Para peminat kucing robot ‘Doraemon’ berpeluang memiliki koleksi barangan daripada animasi terkenal dari Jepun itu pada harga menarik apabila berkunjung ke Pesta Pengguna ke-17 yang akan diadakan pada 27 hingga 31 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa, (ICC), Berakas.

Lebih menarik lagi, pengunjung juga berpeluang menyaksikan penampilan duta animasi Jepun itu yang dibawakan khas oleh penganjur pesta tersebut, D’Sunlit Sdn Bhd dengan kerjasama Home Mix Global.

Ia dijangka akan dapat memeriahkan dan menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk mengunjungi pameran itu nanti, terutama bagi penggemar animasi tersebut.

Pameran tersebut akan mempamerkan pelbagai koleksi barangan ‘Doraemon’ dan boleh dibeli dengan tawaran yang istimewa apabila membeli-belah semasa pesta tersebut.

Pengunjung perlu membeli mana-mana barangan semasa pesta dan menggunakan resit berkenaan untuk mendapatkan diskaun bagi barangan tertentu di petak jualan Doraemon.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama watak animasi ‘Doraemon’.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran ‘Doraemon’ dan Pesta Pengguna ke-17, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran D’Sunlit di talian 2453666 pada waktu pejabat. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.bruneiconsumerfair.com atau mengikuti laman Facebook D’Sunlit (D’Sunlit Sdn Bhd) atau Instagram (@Dsunlit) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini.

ARTIKEL YANG SAMA