Rebut peluang sertai latihan bersama Bayern

Rebut peluang sertai latihan bersama Bayern

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Allianz SE, selaku syarikat perkhidmatan kewangan global (Insuran dan Pengurusan Aset) telah membukakan penyertaan kepada penduduk tempatan yang berumur 14 hingga 16 tahun untuk menyertai Program Latihan Kem Bolasepak Tahunan yang akan dikendalikan oleh jurulatih Juara Bundesliga di Jerman, Bayern Munich. Penganjuran merupakan tajaan yang diberikan melalui syarikat bersekutu di Brunei, National Insurance bagi pencarian dua calon yang berkelayakan untuk menyertai program tersebut.

Menurut Pengurus Insurans Am Negara, Kolja Klawunn, Kem Bola Sepak Junior 2016 akan diadakan bermula dari 25 Ogos hingga 30 Ogos 2016 dan para peserta perlulah terlebih dahulu untuk membuat permohonan melalui portal global mereka di www.fcb.de/AJFC.

“Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan diuji dalam kemahiran bola sepak mereka dan kriteria lain yang terpilih pada masa dan tempat yang akan diumumkan kemudian. Ini kerana kami ingin memilih hanya dua calon yang terbaik bagi mewakili Brunei Darussalam,” katanya.

Pada tahun 2015, Awangku Muhd Amirul Hakim bin Pengiran Haji Zulkarnain dan Mohamed Adam bin Khalid antara peserta daripada 75 belia lainnya dari 27 negara di taja oleh Allianz SE untuk pergi ke Jerman.
Pada tahun 2015, Awangku Muhd Amirul Hakim bin Pengiran Haji Zulkarnain dan Mohamed Adam bin Khalid antara peserta daripada 75 belia lainnya dari 27 negara di taja oleh Allianz SE untuk pergi ke Jerman.

“Kami mahu mereka pergi ke Bayern Munich (yang baru sahaja memenangi rekod ke-4 berturut-turut gelaran juara Bundesliga) untuk belajar daripada jurulatih remaja Bayern Munich, untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dari seluruh dunia,” jelasnya lagi.

Tarikh tutup bagi permohonan tersebut adalah pada 30 Jun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA