Rebut peluang terima ganjaran Netcom

Rebut peluang terima ganjaran Netcom

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Sempena dengan Festival Tenant, Netcom Computer House telah mengadakan Jerayawara Dell yang menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik kepada para pengunjung.

Jerayawara yang berlangsung di The Mall, Gadong sehingga 7 Ogos ini mempamerkan beberapa model terbaru Dell.

Para pengunjung juga berpeluang mendapat baucar wang tunai Hua Ho dengan setiap pembelian Dell Notebook/PC di kesemua lapan cawangan Netcom di seluruh negara sehingga 21 Ogos ini.

Di samping itu, tiga hadiah percuma bernilai $54 iaitu Dell WM126 Wireless Mouse, Verbatim 8GB Pendrive dan Notebook Cooling Pad F2025 juga disediakan untuk pelanggan yang bertuah.

Jerayawara yang berlangsung di The Mall, Gadong itu mempamerkan beberapa model terbaru Dell.
Jerayawara yang berlangsung di The Mall, Gadong itu mempamerkan beberapa model terbaru Dell.