Rebutan Piala Speedsend bermula

Rebutan Piala Speedsend bermula

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Pertarungan bagi 11 buah pasukan bola keranjang terbaik di Negara Brunei Darussalam kini bermula dengan pasukan-pasukan berkenaan berentap untuk merebut gelaran juara Piala Speedsend dengan perlawanan pertama pada pembukaan rasmi kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Satu, Gadong, kelmarin.

Hadir untuk menyempurnakan perasmian kejohanan berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Lim Ting Guan.

Kejohanan bola keranjang yang dinanti-nantikan anjuran Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam dengan kerjasama CIMB Kuala Lumpur adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung selama kira-kira sebulan itu akan menyaksikan pasukan-pasukan beraksi di pusingan awal untuk menentukan pasukan yang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu pusingan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Kejohanan itu selain daripada dihasratkan untuk meningkatkan lagi mutu pemain bola keranjang tempatan dan memajukan sukan berkenaan di Brunei turut bermatlamat untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat menerusi kegiatan sukan.

Lim Ting Guan merasmikan kejohanan berkenaan.
Lim Ting Guan merasmikan kejohanan berkenaan.
Lim Ting Guan serta para ahli jawatankuasa kejohanan bergambar ramai dengan pasukan Juramas dan Propel yang bermain dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu.
Lim Ting Guan serta para ahli jawatankuasa kejohanan bergambar ramai dengan pasukan Juramas dan Propel yang bermain dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA