Red Bull dan Infiniti akhiri kerjasama

Red Bull dan Infiniti akhiri kerjasama

LONDON, 7 Dis – Bekas juara dunia Red Bull dan jenama kereta perdana Nissan Infiniti akan menamatkan gabungan mereka dalam Formula Satu pada akhir tahun ini, kata pasukan itu dalam kenyataan semalam.

Infiniti, sebahagian daripada gabungan Renault-Nissan, bersama Red Bull sejak 2011 dan penaja gelaran sejak 2013.

Hubungan itu dilihat hanya sementara selepas pasukan itu berasa tidak puas hati dengan Renault hasil keputusan persembahan hambar unit kuasa hybrid turbo V6 yang diberikan oleh pengilang dari Perancis.

Kereta itu tidak dapat mengikuti Renault, yang minggu lalu mengumumkan bahawa mereka membeli Lotus dan kembali sebagai pasukan yang bertugas sepenuhnya.

Red Bull, yang memenangi empat gelaran pemanduan dunia dan pembinaan berturut-turut bersama enjin Renault, cuba dan gagal untuk menyelamatkan enjin alternatif bagi 2016 dan sebaliknya berakhir dengan kompromi.

Pasukan itu minggu lalu mengumumkan bahawa unit tenaga 2016 mereka akan masih dibekalkan oleh Renalut tetapi penjenamaan dengan nama baru gabungan jam mewah Swiss, Tag-Heuer.

“Pasukan hari ini mengumumkan bahawa gabungan komersialnya bersama Infiniti akan berakhir pada hujung 2015,” kata Red Bull dalam kenyataan.

“Red Bull dan Renault mencapai persetujuan bersama yang akan menyaksikan pengilang kereta dari Perancis terus membekalkan pasukan itu dengan enjin bagi musim Formula Satu 2016, dan persetujuan baru ini tidak meliputi sebarang aktiviti pemasaran bagi Renault-Nissan Alliance.”

Laporan media menggambarkan persetujuan Infiniti bernilai sekitar 40 juta euro (AS$43.53 juta) setahun kepada Red Bull, dan kemungkinan lebih besar.

Red Bull dan Infiniti memenangi tiga gelaran pemanduan dan pembinaan begitu juga dengan 35 kemenangan Grand Prix, 37 kedudukan teratas dan 80 podium.

“Mereka menjadi penaja gelaran pasukan pada 2013 di mana Infiniti menikmati kelebihan lebih besar berbanding pengilang-pengilang lain dalam sukan itu,” kata ketua pasukan, Christian Horner. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA