Red Devil bakal bawa masuk Mkhitaryan

Red Devil bakal bawa masuk Mkhitaryan

LONDON, 29 Jun (AFP) – Manchester United kini semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan selepas membuat ‘tawaran tambahan’, kata ketua pegawai eksekutif kelab Bundesliga, Hans-Joachim Watzke.

Pemain Armenia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford oleh media Britain di bawah pengurus baru, Jose Mourinho. “Situasi kini adalah berbeza. Manchester sudah membuat tawaran tambahan,” kata Watzke.

“Dalam situasi seperti ini, selalu ada banyak perbezaan untuk dipertimbang dan pada akhirnya di satu tahap, kami perlu membuat keputusan.

Henrikh Mkhitaryan yang mungkin bermain bersama kelab Manchester United musim depan. – AFP
Henrikh Mkhitaryan yang mungkin bermain bersama kelab Manchester United musim depan. – AFP

“Apabila kami kembali berlatih pada Isnin, kami akan putuskan pada hujung minggu ini. Saya sudah menghubungi pihak berkaitan dan kami akan pertimbang beberapa perkara … kemudian lembaga pengurusan akan membuat keputusan.”

Pemain berumur 27 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam 31 perlawanan liga apabila Dortmund menamatkan saingan di tempat kedua musim lalu dan bakal menjadi pemain kedua yang diperoleh Mourinho di United selepas pertahanan, Eric Bailly akan menyertai daripada kelab Villareal.

ARTIKEL YANG SAMA