Red Devils tak akan dimalukan lagi – LVG

Red Devils tak akan dimalukan lagi – LVG

MANCHESTER, England, 9 Nov (AFP) – Louis van Gaal yakin Manchester United tidak akan dimalukan lagi di Old Trafford selepas anak buahnya beraksi cemerlang ketika menang 2-0 ke atas West Bromwich Albion.

Skuad kendalian van Gaal berdepan kesukaran menjaringkan gol yang hanya tiba pada lewat permainan pada perlawanan menentang Albion yang terkenal dengan corak permainan bertahan.

Pelan yang cuba dilakar Albion tercalar pada minit ke-52 apabila Jesse Lingard menjaringkan gol pertamanya bersama United sekali gus memecah kebuntuan.

Juan Mata melengkapkan tiga mata buat United apabila menyempurnakan penalti pada masa kecederaan selepas pertahanan Gareth McAuley dipersalahkan kerana menjatuhkan Anthony Martial.

Louis van Gaal. – Agensi
Louis van Gaal. – Agensi

Van Gaal menegaskan kejayaan United yang menyusul selepas kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow pada kempen Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, mungkin mengubah tanggapan pengurus lain yang akan bertandang ke Old Trafford selepas ini.

“Kami perlu melancarkan serangan dengan lebih baik setiap kali menentang pasukan yang mengamalkan corak bertahan tapi apa yang paling sukar ialah bagaimana anda mahu mengekalkan semangat sepasukan,” kata Van Gaal.

“Tapi kemenangan ini bagus buat kami kerana pengurus lain yang datang ke Old Trraford selepas ini mungkin tidak lagi mahu bermain dengan cara bertahan.

ARTIKEL YANG SAMA