Redknapp gesa Jordan berkorban untuk Piala Dunia

Redknapp gesa Jordan berkorban untuk Piala Dunia

AMMAN, 23 Mac (AFP) – Harry Redknapp semalam memberitahu pemain Jordan, hanya rembatan terbaik akan dikira ketika jurulatih Inggeris itu mengambil alih sebagai pengurus sementara bagi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia seterusnya menentang Bangladesh dan Australia.

“Ia adalah tugasan sukar bagi dua perlawanan ini,” kata bekas bos West Ham dan Tottenham, 69, dalam tugasan pertamanya sebagai pengurus kebangsaan.

Jordan di tangga kedua dalam zon Asia bagi kumpulan kelayakan pusingan kedua, hanya dua mata di belakang pendahulu, Australia yang akan mereka hadapi di stadium bola sepak Sydney 29 Mac nanti selepas menentang Bangladesh di laman sendiri esok.

Jordan perlu menamatkan sama ada kedudukan pertama atau salah satu dari kedua terbaik dan masih menghadapi pusingan kelayakan terakhir dari 10 pasukan dalam dua kumpulan dari lima pasukan dan berpotensi bagi play-off selepas itu.

Korea Selatan dan Qatar merupakan dua pasukan dari zon Asia yang pertama mara ke pusingan kelayakan.

Putera Ali bin Al Hussein (kiri) bersama Redknapp dalam satu sidang media di Amman, Jordan, kelmarin. – Reuters
Putera Ali bin Al Hussein (kiri) bersama Redknapp dalam satu sidang media di Amman, Jordan, kelmarin. – Reuters

“Saya tidak faham dengan semua orang. Kami perlu menewaskan Bangladesh dahulu, kemudian menentang Australia. Pemain perlu fokus, jika tidak, mereka akan bermasalah. Persoalannya juga perlu sama bagi dua perlawanan,” katanya. “Adakah saya memikirkan kami akan mara ke final? Saya harap,” kata Redknapp bersemangat.

“Kami akan mencuba sedaya upaya dalam kuasa kami untuk melakukannya. Kami akan memberikan segala-galanya yang kami ada untuk melakukannya. Jadi anda tidak akan melakukannya lagi, anda hanya melakukan yang terbaik dan saya akan melakukan yang terbaik dan jika pemain melakukan yang terbaik, kami mempunyai peluang yang baik.

“Mesej saya kepada pemain, berikan segala yang mereka ada dalam dua perlawanan ini,” tegas pengurus dari London itu.

“Saya berbangga menerima peluang ini dan menguruskan pasukan kebangsaan Jordan. Saya bertemu Putera (Ali bin Al Hussien) di London dan apabila saya diminta untuk melakukannya, saya tidak ragu-ragu menerima tawaran itu dan datang ke sini.”

Redknapp, yang dikenali kerana pengurusan menariknya, juga mengambil masa untuk meningkatkan pasukan barunya.

ARTIKEL YANG SAMA