Redknapp selesa bersama Jordan

Redknapp selesa bersama Jordan

SYDNEY, 28 Mac (AFP) – Harry Redknapp mengakui bahawa Jordan adalah pasukan bawahan untuk bersaing dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Australia tetapi percaya mereka mampu memenangi perlawanan menentang Socceroos di Sydney.

Bekas Jurulatih Tottenham Hotspur dan West Ham, Redknapp memulakan jawatan sementaranya bersama Jordan dengan kemenangan 8-0 ke atas Bangladesh di Amman pada Khamis lalu.

Tetapi jurulatih Inggeris itu, yang membimbing Southampton, Portsmouth, Bournemouth dan Queens Park Rangers dalam lebih 30 tahun bagi pengurusan bola sepak, berkata menentang Australia yang mengetuai kumpulan mereka dengan dua mata dari Jordan adalah sukar.

“Kami adalah pasukan bawahan, tetapi pasukan bawahan dengan peluang persaingan yang kuat,” Redknapp memberitahu sidang akhbar sebelum perlawanan di Sydney.

“Jika saya tidak merasakan ia adalah mungkin (untuk menang) saya mungkin akan pulang hari ini. Saya perlu percaya bahawa kami berpeluang untuk menang.”

Redknapp (kanan) ketika bercakap dengan Hamza Al-Dardour pada sidang media menjelang kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Australia. – Reuters
Redknapp (kanan) ketika bercakap dengan Hamza Al-Dardour pada sidang media menjelang kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Australia. – Reuters

Redknapp berkata dia ‘tidak mempunyai sebarang idea’ mengenai pasukan kebangsaan Jordan sebelum dia bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka dan berkata dia kagum dengan apa yang dilihatnya.

Pemain, Hamza Al Dardour berkata Redknapp juga hadir sebagai kejutan kepada pasukan.

Tetapi, bercakap menerusi seorang penterjemah, dia berkata mereka bangga untuk bertugas bersamanya dan berharap dia boleh memanjangkan masanya bersama pasukan dan membantu mereka untuk terus mara dalam kelayakan ke Piala Dunia.

Redknapp berkata memandangkan dia belum lagi membincangkan untuk kekal bersama Pasukan Jordan sekitar perlawanan esok, dia terbuka kepada prospek itu.

ARTIKEL YANG SAMA