Redmond tamba...

Redmond tambah luka Liverpool

SOUTHAMPTON, 12 Jan – Southampton melangkah setapak ke final Piala Liga selepas Nathan Redmond merembat kemas gol tunggal perlawanan ke atas Liverpool dalam separuh akhir pertama awal pagi tadi.

Skuad Claude Puel berada di depan melalui jaringan separuh masa pertama Redmond di St Mary’s dan Liverpool bergantung pada persembahan hebat penjaga gol mereka, Loris Karius bagi mencegah Southampton daripada menang dengan jaringan lebih besar.

Tetapi dengan mengakhiri empat perlawanan tanpa kemenangan dalam semua persaingan, mereka kini tidak jauh untuk berdepan dengan Manchester United atau Hull di Wembley.

“Kami layak menerima keputusan ini dengan semua peluang yang kami ada. Ia adalah kemenangan penting tanpa bolos,” kata Puel. “Liverpool hanya mempunyai satu peluang. Kami agak tidak bernasib baik kerana perlawanan kedua pasti sukar.”

Nathan Redmond meraikan jaringannya yang telah menjadi jaringan tunggal perlawanan dalam kemenangan 1-0 Southampton ke atas Liverpool di St Mary’s. - AP
Nathan Redmond meraikan jaringannya yang telah menjadi jaringan tunggal perlawanan dalam kemenangan 1-0 Southampton ke atas Liverpool di St Mary’s. – AP

Dengan United telah memenangi perlawanan pertama mereka ke atas Hull dengan jaringan 2-0, Liverpool sangat teruja untuk berdepan dengan musuh lama mereka di Wembley, terutamanya selepas kalah kepada Manchester City melalui penentuan sepakan penalti dalam final musim lepas.

Tetapi pasukan Jurgen Klopp, tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka, akan perlu meningkatkan permainan mereka untuk menterbalikkan defisit di Anfield pada 25 Januari nanti.

“Selepas gawang kami dibolosi, reaksi kami tidak bagus. Kami tidak begitu bekerjasama,” kata Klopp. – AFP