Reds bangkit, benam Chelsea 3-1

Reds bangkit, benam Chelsea 3-1

LONDON, 1 Nov (Reuters) – Liverpool menjaringkan tiga gol dalam persaingan liga di Chelsea buat kali pertama dalam tempoh 26 tahun untuk memberikan Juergen Klopp kemenangan penting Liga Perdana, tetapi jurulatih dari Jerman itu tidak berilusi bahawa mereka bersedia bersaing bagi kedudukan teratas.

“Tolong, adakah anda sudah gila…” jawab Kloop apabila ditanya jika kemenangan 3-1 semalam di Stamford Bridge adalah petanda potensi bagi cabaran gelaran sekarang berada di atas kad.

Sementara keyakinan Chelsea sudah rapuh untuk dilihat dan menggores wajah-wajah pemain mereka yang bergelut, ini adalah persembahan terbaik Liverpool setakat ini sejak Klopp mengambil kepimpinan tiga minggu lalu.

Dua keputusan seri liga sebelumnya di Tottenham Hotspur dan di tempat sendiri kepada Southampton melibatkan peningkatan, terutamanya di bahagian pertahanan, tetapi kemenangan semalam adalah dominan dan layak diterima.

Pasukan kendalian Klopp pasti dibantu dengan jaringan dari Philippe Coutinho, yang pertama, ledakan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan pada akhir separuh masa pertama.

Penyerang Liverpool, Christian Benteke (dua dari kanan) merembat masuk gol ketiga pasukannya pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge di London pada 31 Oktober 2015. – AFP
Penyerang Liverpool, Christian Benteke (dua dari kanan) merembat masuk gol ketiga pasukannya pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge di London pada 31 Oktober 2015. – AFP

Gol kedua pemain dari Brazil itu tiba 30 minit pada separuh masa kedua dan dibantu dengan lantunan dari kaki John Terry.

Jaringan tersebut menyerahkan pendahuluan 2-1 dan menjejaskan Chelsea, dengan pemain gantian Christian Benteke menjaringkan gol keempat liganya musim ini dalam satu lagi tamparan terbaru tuan rumah.

Hantaran Liverpool adalah tepat dan penting, mereka menguasai 57 peratus permainan di tempat sendiri menentang juara yang bergelut dan biarpun tidak beraksi dengan pemain yang dikenali selama lebih dari sejam, dilihat lebih mengancam berbanding tuan rumah.

Walaupun keupayaan mereka untuk mengatasi kesukaran bolos lebih awal menerusi tandukan Ramires adalah dalam perbandingan kepada sebahagian persembahan lebih awal Liverpool di bawah Klopp.

Bekas jurulatih Borussia Dortmud itu menggambarkan bahasa badan Liverpool selepas bolos jaringan penyamaan akhir kepada Southampton hujung minggu lalu yang meninggalkan hasrat.

Perbezaan bagaimana mereka bertindak terhadap ketinggalan satu gol di Chelsea adalah jelas.

“Kami tidak menghasilkan permulaan yang terbaik, ia adalah kebenarannya,” kata Klopp. “Kami memiliki masa kami, kemajuan kami dengan hantaran-hantaran pendek adalah bagus. Mereka cuba untuk memberikan tekanan tetapi kami boleh bermain dalam ruang-ruang yang ada.”

ARTIKEL YANG SAMA