Reds cari tonik Piala Liga

Reds cari tonik Piala Liga

PARIS, 24 Feb (AFP) – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan dia tidak akan melihat pertemuan Liga Europa esok menentang Augsburg sebagai gangguan yang tidak diperlukan biarpun perlawanan itu tiba kurang 72 jam sebelum perlawanan akhir Piala Liga.

Klopp berpeluang untuk menjulang kejayaan sebagai bos Anfield apabila The Reds menghadapi Manchester City di Wembley Ahad ini tetapi dia berazam untuk mencatat perkembangan di Eropah.

Persaingan 32 terakhir menentang pasukan dari Jerman itu masih lagi diperlukan selepas perlawanan pertama minggu lalu di Bavaria berakhir seri tanpa jaringan, jadi Liverpool perlu bimbang untuk tidak bolos di gelanggang luar.

Pasukan Liverpool berada dalam perlawanan pertama dan Klopp memberikan gambaran bahawa barisan yang sama akan beraksi untuk perlawanan timbal balik.

“Pasukan yang kuat dalam perlawanan kedua? Ya. Saya rasa, mungkin ia pasukan yang berbeza, tetapi kami tidak seharusnya memikirkan mengenai final,” kata bekas jurulatih Borussia Dortmund itu. “Kami seharusnya memberikan tumpuan esok, dan Ahad.”

Pesaing mereka akan berkunjung ke barat laut England tanpa beberapa pemain kerana kecederaan, termasuk midfield Markus Feulner, yang patah tulang pipi, pemain utama Dnaiel Baier (buku lali) dan penyerang Raul Bobadilla.

Midfield Liverpool dari Brazil, Lucas merasa yakin permainan bersih yang dikekalkan dalam perlawanan pertama bagi aksi perlawanan timbal balik.

ARTIKEL YANG SAMA